Abdul Hadi, 70 Tahun, Dimasukkan Ke Hospital Sekali Lagi

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif, Isnin.

Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kemas kini mengenai perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.

Beliau, bagi pihak keluarga dan parti mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memberi ruang untuk Hadi dengan tidak melawat beliau di hospital pada masa ini.

“PAS mengajak semua ahli dan penyokong mendoakan kesihatan beliau dan rawatan berjalan lancar,” katanya. – mStar

Untuk rekod, Oktober tahun lalu, Abdul Hadi dimasukkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Beliau turut dimasukkan ke IJN pada Januari tahun lalu dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat menziarahinya.

Pada bulan Jun 2014, Najib juga meluangkan masa untuk melawat Hadi di IJN selepas beliau pulang dari Turki.

Hadi sebelum ini, dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turki selama sebulan kerana mempunyai masalah jantung.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s