Musang King Dijual Di Hong Kong RM800 Sebiji

Malaysia sedang berusaha untuk mengeksport buah durian terbaiknya, Musang King ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata buah-buahan yang ingin diimport ke China mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak republik itu.

“Mereka gelarnya rawatan penyejukan bawah 18 darjah.

“Sebaik saja kita penuhi syarat dan peraturan, selepas itu kita perlu cari pelabuhan atau destinasi untuk durian,” katanya di Beijing.

Ahmad Shabery berkata beliau dimaklumkan bahawa sebiji durian berharga kira-kira RM800 di Hong Kong.

Sehubungan itu, beliau percaya durian Musang King akan dapat dijual dengan mudah di China pada harga kira-kira RM200 hingga RM300 sekilogram.

“Ini amat baik bagi petani kita,” katanya.

Katanya buat masa ini China mengimport durian dari negara jiran Malaysia.

JOHOR BAHRU 03 MARCH 2016. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. NSTP/ZAIN AHMED


Semalam di Beijing bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan kerja lima hari di China, Ahmad Shabery menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak berkuasa China bagi pengeksportan nanas buat kali pertama ke republik itu.

Selepas kejayaan nanas menembusi pasaran China, Ahmad Shabery berkata usaha seterusnya ialah untuk mengeksport buah nangka.

Antara buah-buahan Malaysia yang berjaya menembusi pasaran China sebelum ini ialah manggis.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s