Ghaddar ke JDT: Kos Perpindahan Paling Tinggi Dalam Sejarah Bola Sepak

PENYERANG import Kelantan, Mohammed Ghaddar mengesahkan dirinya meninggalkan The Red Warriors (TRW) bagi menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan kedua yang bermula Isnin.

Kata Ghaddar, tawaran daripada JDT itu adalah peluang terbaik untuknya mengembangkan karier selain demi masa depan keluarganya.

“Selepas separuh musim yang cukup hebat bersama pasukan Kelantan, dengan segala hormatnya saya mengumumkan pemergian saya dari pasukan ini.

“Saya akan tinggalkan pasukan Kelantan untuk teruskan karier bersama pasukan JDT,” katanya dalam laman sosial Instagramnya.

Terdahulu sebelum itu, JDT mengesahkan bahawa Harimau Selatan telah mengadakan rundingan bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) untuk mendapatkan khidmat Ghaddar.

Pengarah Sukannya, Alistair Edwards berkata, rundingan tersebut juga akan menjadi perpindahan paling tinggi dalam sejarah bola sepak tanah air.

Menurutnya, usaha itu juga bertujuan memberikan jalan kepada Kafa menyelesaikan beberapa isu kewangan mereka yang disifatkan sebagai situasi menang-menang antara kedua-dua pasukan.

“Ini adalah satu tawaran yang baik untuk kedua-dua kelab, di mana Kelantan akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu kewangan serta membeli beberapa pemain baru.

“JDT pula akan mendapat seorang pemain yang terbukti cemerlang dengan rekod prestasi yang sentiasa mahukan kejayaan,” katanya dipetik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers. – SINAR ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s