Janna Nick Mahu Skuad Hijau Kuning Bawa Pulang Piala FA Ke Alor Star

JANNA NICK, artis muda kelahiran Sungai Petani ini mahukan pasukan skuad hijau kuning menwaskan Pahang dalam final Piala FA, Sabtu ini.

Bolehkah impian Janna Nick ini menjadi kenyataan atau pasukan Kedah akan kecundang?

Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bonus RM20,000 setiap seorang pemain jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA ke Alor Setar.

Ahmad Bashah yang juga presien Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA)  turut berharap pemain dapat memberikan aksi terbaik untuk memastikan penyokong dan seluruh rakyat Kedah tidak kecewa.

Jelasnya, pemain bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana penyokong akan sentiasa bersama mereka sepanjang permainan bersama sorakan.

Jika imbuhan untuk pemain telah diumumkan, ini pula pengumuman buat penduduk negeri Jelapang Padi.

Ahmad Bashah memberitahu, walaupun Kedah juara dalam final tersebut, namun tiada cuti umum akan diberikan pada Ahad.

Beliau juga berharap barisan Pemain Kedah akan memberikan prestasi terbaik dengan keupayaan sebenar dan tidak takut dengan reputasi lawan yang bakal di temui di Stadium Shah Alam.

Barisan pemain Kedah perlu beraksi dengan penuh semangat dan tidak perlu risau mengenai penyokong pasukan Kedah kerana separuh daripada penyokong pasukan Kedah akan berada untuk membakar semangat mereka pada malam perlawanan.

“Bagaimanapun,  tidak akan ada cuti umum walaupun pasukan Kedah berjaya menjuarai Piala FA Sabtu malam kerana kebelakangan ini telah banyak cuti umum di nikmati  oleh rakyat,” katanya seperti dilaporkan dalam mStar.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s