Tiada Kebaikan Menjawab TMJ – Khairy

Dua hari selepas disindir presiden FAM, hari ini Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, membuka mulutnya mengulas isu berkenaan.

Namun hanya beberapa baris yang dilafazkan oleh Khairy. Dan ia dilihat lebih kepada keengganan beliau memanjangkan isu berkenaan.

“Saya rasa tidak ada apa-apa kebaikan yang boleh datang daripada saya (jika saya) menjawab isu tersebut,” katanya kepada media di parlimen hari ini.

Ditanya lebih lanjut, anggota parlimen Rembau itu tetap menjelaskan beliau tidak mahu memberi sebarang komen lebih banyak.

“Saya rasa tak ada apa-apa benefit (manfaat) dalam menjawab kenyataan itu,” katanya.

Khairy sebelum itu menghadiri majlis penyerahan watikah kepada anggota parlimen belia.

Sebelum ini Malaysiakinimelaporkan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempertikaikan ketiadaan Khairy selaku menteri belia dan sukan pada perlawanan akhir piala FA 20 Mei lalu.

Malah, Tengku Mahkota Johor itu turut menasihati Khairy agar tidak memilih untuk hanya hadir ke majlis yang menjadikan dirinya sebagai tumpuan.

Menurut Tunku Ismail, beliau dimaklumkan Khairy terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut.

Perlawanan akhir Piala FA 2017 yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Mei lalu lalu menyaksikan pasukan Kedah bertemu Pahang.

Ia turut disaksikan tiga kerabat diraja iaitu dari Kedah, Johor dan Pahang.

Perlawanan sengit dan menghiburkan itu berakhir dengan skukad Helang Merah menundukkan Tok Gajah 3-2. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s