Hati-Hati Derma, Takut ‘Masuk’ Kantung Salah – Mufti

UMAT Islam harus berhati-hati dalam menderma kepada golongan susah di sepanjang Ramadan ini kerana dibimbangi wang yang diderma ‘masuk’ ke kantung yang salah, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata, memang dalam Islam menggalakkan sedekah tetapi banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.

“Orang ramai perlu lebih berhati-hati memberikan sedekah bagi mengelak ditipu kerana banyak sindiket menggunakan wanita, orang cacat dan kanak-kanak bagi meraih simpati,” katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Mohamad Shukri diminta mengulas kehadiran ramai peminta sedekah (sumbangan) terutama dari negara jiran yang “berkampung” di negeri ini untuk meraih simpati daripada orang ramai khususnya umat Islam pada Ramadan ini.

Beliau berkata, adalah menjadi perkara biasa kepada umat Islam memberi sedekah setiap kali tibanya Ramadan kerana mereka mahu memperolehi pahala bersedekah. – Bernama/mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s