Kerajaan Selangor Tidak Hormati Sultan Selangor

KERAJAAN Selangor tidak menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menjadikian masjid sebagai pentas politik, tetapi berkara itu berlaku dan berlaku beberapa kali.

Hingga berapa kali Sultan perlu murka barulah kerajaan Selangor mahu bertindak?

Dari segi pentadbiran, sesuatu titah (iaitu perintah yang mesti dilaksanakan) mesti disusuli dengan beberapa pendekatan lain misalnya surat pekeliling dan arahan kepada semua wakil rakyat agar tidak menghina sultan dengan melakukan perbuatan itu beberapa kali.

Bolehkah perkara seperti ini berlaku di Johor apabila titah sudah dikeluarkan?

Murka Sultan Selangor sudah tidak dijadikan sesuatu itu penting, sedangkan perintah Sultan sebagai Ketua Negeri seperti Agong sebagai Ketua Negara, mestilah diikut dan dijadikan dasar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Seorang penulis yang dikenali sebagai WSL mencatatkan, pada 1 Julai 2016, Baginda bertitah, penjaga masjid yang membenarkan perkara seperti itu terjadi harus dipecat.

“Perkhidmatan nazir itu perlu ditamatkan dan jawatan itu diberikan kepada orang lain,”

Pada tahun 2010 Sultan Selangor murka dan berduka cita berikutan kejadian di Surau Al Huda Kajang Sentral menyaksikan Ahli Parlimen Serdang ketika itu Teo Nie Ching memasuki masjid dan memberi tazkirah politik.

Pada tahun 2009 Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid Taman Sri Andalas serta memberikan ucapan politik dalam masjid sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan umat Islam.

Kali ini Sultan Selangor, menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Apakah ada pekeliling dan langkah-langkah pencegahan yang dilakukan kerajaan Selangor ?

Apa lagi kehadiran Sivarasa Rabu lepas dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada PKR itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Laporan Bernama semalam dengan jelas menyatakan kemurkaan dan dukacita baginda terhadap tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa memberi ceramah berkaitan politik di  Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat Klang Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

“Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

“… dan baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di Klang, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin semalam

Haris berkata pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lepas untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, kelmarin.

Menurutnya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

“Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

“Kita meminta nazir berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga mengapa beliau membenarkan Sivarasa berucap di dalam masjid dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada amaran, gantung jawatan atau dipecat,” katanya.

Haris berkata beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa (gambar) pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s