Rafizi Mengaku Silap Dan Mohon Maaf

RAFIZI Ramli hari ini mengakui beliau tersilap selepas seorang wanita menafikan dirinya pengarah sebuah syarikat yang dikaitkan dengan seorang pelobi Washington bagi pihak kerajaan Malaysia.

Naib presiden PKR itu memohon maaf kepada wanita bernama Florence Goh yang memiliki sebuah syarikat bernama CRT Insights Technologies Sdn Bhd, yang tampil menafikan beliau ada kena mengena dengan Godfrey Group Ltd.

Godfrey Group merupakan syarikat yang didakwa membayar seorang pelobi pentadbiran Donald Trump sebanyak AS$250,000 (RM1.07 juta), seperti terkandung dalam borang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapan ini dan memohon maaf kepada (Florence) Goh Siew Boey dan CRT Insights Technologies Sdn Bhd kerana telah menyiarkan nama mereka.

“Saya ada meminta supaya mereka tampil ke hadapan dan memberikan penerangan, maka saya hargai penjelasan yang mereka berikan bahawa mereka tidak terbabit dan saya tidak teragak-agak memohon maaf kerana mereka tidak terlibat di dalam kes ini,” kata Rafizi dalam kenyataannya, beberapa jam selepas Goh mengadakan sidang media bersama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Rafizi bagaimanapun tetap berkata satu lagi wanita bernama Florence Goh, dengan nama Cina Goh Swee Gaik, yang menurutnya ada kaitan dengan sebuah NGO di Johor Bahru, perlu tampil membuat penjelasan.

“Saya mohon supaya Wee supaya turut mengaturkan satu sidang media untuk menerangkan pembabitan Florence Goh @ Goh Swee Gaik di dalam Godfrey Group Limited dan bayaran RM1.1 juta yang dibuat kepada firma pelobi Amerika Syarikat, seperti mana timbalan presiden MCA itu dengan segera mengaturkan sidang media mengenai Goh Siew Boey,” katanya.

Sebelum ini, Putrajaya menafikan mengupah mana-mana individu atau syarikat untuk melobi bagi pihaknya di Washington.

Laporan dari Amerika Syarikat memetik borang yang difailkan seorang pelobi pentadbiran Donald Trump, Healy Baumgardner-Nardone, yang mengisytiharkan menerima AS$250,000 (RM1.07 juta) daripada Godfrey, beralamat di 42, Jalan Molek 2/3, dan juga Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Bagaimanapun, dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi ketika itu menunjukkan alamat syarikat CRT Insights didaftarkan 42, Jalan Molek 2/1.

“Perbezaan alamat hanyalah satu nombor iaitu ‘/1’ berbanding ‘/3’ dan itu menyebabkan kekeliruan, apatah lagi dalam keadaan kami menjejaki seorang individu yang menggunakan syarikat BVI untuk kontrak ini,” kata Rafizi dalam permohonan maafnya. BVI merujuk British Virgin Island, yang kerap digunakan syarikat kosong untuk menjalankan aktiviti perniagaan mencurigakan. – Sumber: FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s