Gabungan NGO Islam Mohon Sultan Selangor Arahkan Hannah Yeoh Tidak Kembangkan Dakyah Kristian

GABUNGAN Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini memohon kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor supaya menitahkan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hannah Yeoh tidak lagi menggunakan jawatan politik untuk mengembangkan dakyah Kristian di Selangor.

Mereka juga mahukan pihak berkuasa khususnya Kementerian dalam Negeri (KDN) memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap penyebaran buku Hannah bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang didakwa mengandungi elemen mengajak kepada agama Kristian, serta memesongkan akidah umat Islam.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya bersama-sama dengan sebahagian besar gabungan NGO dalam sidang media di Istana Kehakiman Putrajaya tengahari tadi, turut mendesak pihak berkuasa termasuk polis menyiasat dan membawa Hannah Yeoh ke muka pengadilan atas seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor 1988 atau mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

“Kami sendiri juga akan mengambil beberapa tindakan susulan selepas ini bagi memastikan Islam sebagai Agama negara terus didaulatkan, berasaskan prinsip Perlembagaan Perkara 3,” katanya.


Pernsyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman ketika membuat laporan polis terhadap buku Hannah Yeoh itu mendakwa, buku terbitan Hannah  itu cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian supaya menjadi penganut atau cenderong kepada ajaran Kristian berdasarkan petikan dari Bible.

“Saya terkejut apabila buku itu mempunyai banyak cerita dan petikan daripada Bible dan saya rasa buku ini cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian untuk memeluk atau cenderung kepada agama Kristian,” katanya seperti dilaporkan Bernama, minggu lalu.

Dr Kamarul Zaman juga berkata,  Hannah Yeoh berkemungkinan melanggar undang-undang berhubung pengembangan Agama Bukan Islam di Selangor.

Ekoran pendedahan Dr Kamarul itu, beliau juga diserang dari pelbagai sudut bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai ahli akademik dan serangan itu dikatakan dirancang oleh organisasi tertentu.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s