Jurusalem Jubilee: Membantah Hujah Ustaz PKR, Wan Ji Wan Hussin

Oleh: Danial Ariff bin Shaari

Saya cukup kasihan melihat kritikan Ketua Biro Agama PKR, Wan Ji Wan Hussin seperti dilaporkan Free Malaysia Today bertarikh 5 Jun 2017 yang menempelak seruan PAS supaya tindakan diambil terhadap penganjur upacara Jerusalem’s Jubilee yang sebelumnya dijadualkan berlangsung pada 15-18 Jun dan kini dilaporkan telah dibatalkan sendiri oleh pihak penganjur.

Wan Ji mendakwa seruan PAS ini hanyalah semata-mata permainan politik untuk meraih simpati rakyat kerana PAS itu sendiri adalah parti politik. Beliau juga mendakwa bahawa “Agama adalah agama, jangan dipolitikkan”.

Ada beberapa soalan dan paradoks yang timbul daripada kenyataan Wan Ji ini.

Pertama, adakah sekiranya sesebuah organisasi Islam itu merupakan sebuah parti politik, maka segala isu yang ditimbulkan juga bersifat permainan politik?

Jika ya, kedua, bagaimana pula dengan kedudukan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam progresif dan harmonis? Adakah segala-gala yang keluar daripada pimpinan dan parti PAN juga merupakan permainan politik?

Sila ambil perhatian bahawa PAN juga ada mengeluarkan kenyataan berhubung muka depan akhbar The Star yang melaporkan berita bertajuk “Malaysian terrorist leader” di bahagian atas gambar orang Islam bersembahyang terawih. Adakah ini juga termasuk dalam permainan politik yang difahami Wan Ji?

Cara hujahan Ketua Biro Agama PKR ini sama sahaja piawaiannya dengan kolumnis The Malaysian Insight, Hafidz Baharom di dalam artikelnya bertajuk “Defending The Star” yang menyebut bahawa “…the outrage over The Star’s front page last weekend was faked for the sake of politics…”.

Tidak cukup dengan itu, Hafidz Baharom juga ‘membenarkan’ logik Wan Ji bahawa parti politik Islam hanya bergelumang dengan permainan politik dengan menyebut bahawa “…it was engineered in such a way that both sides of the political divide supported it for different means”. Ini boleh merujuk kepada UMNO, PAS dan PAN!

Kedua, Wan Ji juga menyebut seperti yang dilaporkan FMT bahawa “Sekiranya PAS tak setuju, saya mencadangkan supaya PAS buat dialog, wacana yang lebih sihat di situ boleh hilang prejudis antara orang Kristian terhadap orang Islam, orang Islam terhadap Kristian”.

Saya terfikir. Dimanakah Wan Ji dan saranan beliau untuk diadakan dialog dan wacana ini ketikamana Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh membuat laporan polis terhadap Dr. Kamarul Zaman Yusoff dan apabila Dr. Mujahid Yusof Rawa memulakan tindakan undang-undang ke atas Dr. Kamarul? Atau apabila orang bukan Islam menyatakan tentangan terhadap RUU355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?

Adakah ketiga-tiga ini contoh atau sebahagian daripada konsep wacana dan dialog yang difahami Wan Ji?

Selain itu, apakah Wan Ji, yang kelihatan tidak bersetuju apabila Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan mengingatkan agar tidak mencabar sensitiviti umat Islam, tidak mengambil kira kenyataan yang dibuat oleh ketua Kristian seperti Jason Selvaraj yang menyebut bahawa “It is very insensitive of the organisers to use Jewish symbols,” dan ” They (organiser) cannot be so insensitive in a multi-racial country” dan “Christians in Malaysia are tolerant, sensitive and understanding, and we will not disturb the harmony of the country“.

Menurut kenyataan ini, penganjuran upacara tersebut boleh mengganggu gugat keharmonian negara. Begitulah yang difahami dan dinilai oleh PAS, NGO Islam dan umat Islam di negara ini.

Memandangkan kenyataan ini datang daripada seorang ketua Kristian, bukan pimpinan atau mewakili sebuah parti politik, tidakkah Wan Ji mahu mengambil kira kenyataan yang kononnya mengikut logik Wan Ji sendiri bebas daripada permainan politik?

Wan Ji di dalam laporan berita FMT yang sama turut menyebut bahawa “Orang Islam ada agenda, orang bukan Islam pun ada agenda. Cuma sekarang ini, sejauh mana apa yang kita lakukan itu memerlukan kebijaksanaan dan bukannya melahirkan kerosakan?”

“Bagaimana kita nak meraikan perbezaan itu dan menjauhi permusuhan,”

Suka untuk saya memetik beberapa Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Apakah maksud “aman dan damai” yang terkandung dalam Perkara 3(1) ini?

Di dalam kes Menteri Dalam Negeri & Ors v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur [2013] 8 CLJ 890, Mahkamah Persekutuan telah menghakimi bahawa:

“It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and hormany” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat face or any possible and probable threat to the religion of Islam.”

Terjemahan bebas:

“Adalah menjadi penghakiman saya bahawa tujuan dan niat penambahan perkataan: ‘dengan aman dan damai’ dalam Fasal 3 (1) adalah untuk memelihara kesucian Islam sebagai agama negara dan juga untuk mempertahankannya dari sebarang ancaman terhadapnya atau sesuatu ancaman yang mungkin dan boleh berlaku terhadap agama Islam.”

Selain itu, suka saya merujuk Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan:

“Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.”

Wan Ji mengakui bahawa orang bukan Islam juga mempunyai agenda. Sejauh manakah agenda penganjur yang menganjurkan Jerusalem’s Jubilee ini?

Dr. Kamarul ada memetik beberapa kenyataan yang saya akan sebutkan disini yang menjadi kandungan promosi upacara Jerusalem’s Jubilee yang dibatalkan seperti berikut:

“2017&5777 ialah masa yang PENUH BERMAKNA, walhal ianya TAHUN YOBEL (Im 25:8, Yes 61:1-3) bagi kedua-duanya YERUSALEM & ASEAN, masa SESUAI SEKALI UNTUK BERKUMPUL DAN BERSAMA-SAMA, DIJAJARKAN SEBAGAI SATU DALAM TUBUH, SE HATI, SE PIKIR, SE HAJAT, DALAM KUASA SATU ROH KUDUS YANG BENAR… MENYEDIAKAN JALAN UNTUK KEPULANGAN RAJA KEMULIAAN Melalui MALAYSIA Negara Pelangi Asia & Pemangkin Kebangkitan Negara-negara Pintu Gerbang Emas.”

“Ada Kebangkitan hebat yang akan datang atas Malaysia… Urapan untuk doa 24 jam akan dicurahkan ke atas kamu. Kamu akan mendirikan Menara Doa… Memulihkan Khemah Suci Daud … ”

Selain itu, Pastor Afeef Halasah, antara yang mengetuai misi membina Menara Doa di atas sebuah bukit di Bentong, Pahang seperti yang dikisahkan dalam laman web Christianity Malaysia bertarikh 8 April 2016, turut menyatakan bahawa:

“There are people who are called to be missionaries in other nations. Yet, the general Will of God for all of us in Malaysia is to invade this nation with the Kingdom of God. We are called to bring down God’s principles and cultures into Malaysia.”

Suka untuk saya keluarkan beberapa perkataan yang menimbulkan beribu tanda tanya dan kegusaran seperti berikut:

“… MENYEDIAKAN JALAN UNTUK KEPULANGAN RAJA KEMULIAAN…”
“…Kebangkitan hebat…”
“…invade this nation…”
“…Kingdom of God…”
“…God’s principles and cultures into Malaysia…”

Daripada kenyataan-kenyataan ini timbul beberapa kegusaran.

Pertama, adakah “RAJA KEMULIAAN” dan “Kingdom of God” itu akan mengambil tempat Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua agama Islam atau berdiri sama tinggi dengan Raja-Raja dan YDPA sekaligus menikmati atau merampas hak, keistimewaan, prerogatif atau kuasa Raja-Raja dan YDPA?

Kedua, adakah “Kebangkitan hebat” dan “God’s principles and cultures” ini akan meletakkan agama Kristian bersekedudukan dengan agama Islam ataupun lebih tinggi daripada agama Islam sehingga menjadikan agama Kristian sebagai agama bagi Persekutuan?

Ketiga, adakah matlamat untuk “invade this nation” akan merencatkan usaha memperluas perbuatan, amalan atau upacara agama Islam yang diketuai oleh Raja-Raja dan YDPA sebagai Ketua agama Islam atau menikmati keistimewaan yang sama bahkan menghapuskan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa untuk mengawal pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain kepada umat Islam?

Mengambil kira persoalan-persoalan ini, Wan Ji tidak mahu pula melontarkan saranan beliau berkenaan “wacana”, “dialog”, “meraikan perbezaan” dan “menjauhi permusuhan” terhadap pengendali laman web Christianity Malaysia, penganjur Jerusalem’s Jubilee atau Pastor Afeef Halasah ini terlebih dahulu berkenaan tindakan dan dakyah mereka yang mencabar kedaulatan negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Wan Ji juga seolah-olah tidak memandang kenyataan-kenyataan tersebut sebagai menggugat konsep “aman dan damai” di negara ini dan tidak mengira bahawa tiada tindakan sewajarnya yang boleh dibuat melainkan daripada menghalang upacara dan agenda mereka ini selagi ia mengikut lunas undang-undang.

Amat malang sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.