Johor Bakal Miliki Stadium RM450 Juta

Johor maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara dengan pembinaan stadium bola sepak termoden di Malaysia yang dianggarkan bernilai RM450 juta.

Stadium Sultan Ibrahim Larkin itu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara yang menggunakan khidmat arkitek dari England.

Menurut kemaskini yang dikongsi di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Rabu telah mendengar taklimat mengenai struktur dan rekaan dalaman terkini stadium berkenaan yang akan dibina di Iskandar Puteri, Johor.

image: http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/06/08/stadium-baru-johor/~/media/83f609d4177340b5868f7886cf0464a3.ashx?la=en

TMJ (kanan) meneliti lakaran Stadium Sultan Ibrahim Larkin pada sesi taklimat bersama pereka stadium itu pada Rabu. 

“Taklimat tersebut diberikan oleh pereka bentuk dalaman dari England yang menerangkan bahawa rekabentuk stadium baharu ini dibuat berlandaskan konsep penentuan, fokus, berani, transformatif, berbeza dan pertimbangan.

“Rakyat Johor perlu berbangga kerana stadium bola sepak termoden ini terletak di negeri Johor. Luaskan Kuasamu Johor,” menurut posting tersebut.

Turut hadir Datuk Daing Malik dan beberapa wakil dari Country Garden bagi meneliti lakaran terkini stadium yang dijangka siap pada Februari 2019 itu.

Sumber: mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s