Krisis Di Qatar Dari Perspektif Media

PEMBERITAAN KRISIS DIPLOMATIK QATAR

Oleh: Ahmad Farami

Semasa satu demi satu negara Arab putuskan hubungan dengan Qatar, Al Jazeera tidak memberi sebarang reaksi. Maklumat tersebut cuma tertera melalui ‘news ticker’. Di negara Arab lain, krisis diplomatik ini sudah diberi liputan meluas melalui media penyiaran.

Setelah ada kenyataan rasmi Qatar bahawa tuduhan negara-negara terbabit tidak berasas, Al Jazeera mula laporkan isu ini secara mendalam. Pendirian Al Jazeera selari dengan kenyataan rasmi berkenaan.

Kenyataan daripada Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE dan lain-lain tidak diberi tumpuan oleh Al Jazeera. Yang ditumpukan, pandangan Turki, Iran dan Rusia supaya diuruskan konflik terbabit melalui dialog.

Apabila White House berkata, Trump akan berusaha redakan situasi di negara Arab, kenyataan ini diberi liputan lebih sejam di Al Jazeera. Kenyataan ini diabaikan media Saudi dan UAE.

Bila White House menjelaskan kepada agensi berita Reuters bahawa tindakan Qatar selama ini mengancam negara jiran, kenyataan ini diabaikan Al Jazeera.

Al Jazeera dimiliki oleh Qatar. Pemimpin Arab anggap Al Jazeera selama ini banyak mengkritik negara mereka. Ini banyak menyumbang kepada krisis diplomatik tersebut.

Bagi media pro-Qatar, krisis ini bukti negara Arab di bawah telunjuk Amerika. Bagi media seperti Al Arabiya, memang patut Qatar dipulaukan kerana sokong Ikhwanul Muslimin, Hamas dan Iran.

The Washington Post pula kaitkan krisis ini dengan pengaruh Trump. Negara-negara Arab terbabit dikatakan diberanikan oleh hubungan baik mereka dengan Amerika Syarikat. The New York Times memilih tajuk ini, “Trump takes credit for Saudi move against Qatar”.

Pemberitaan krisis diplomatik Qatar adalah satu “teachable moment” berkaitan media. Setiap media ada agenda, bias dan naratif tersendiri. Ini ditentukan antaranya oleh faktor pemilikan media.

Realiti tentang krisis diplomatik Qatar bersifat ‘mediated’, disaring melalui ideologi media. Yang dihidang kepada kita adalah beberapa *versi* realiti dan kebenaran yang saling bersaing. – ahmad farami

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s