Krisis FGV: Kedua-Dua Kena Letak Jawatan

DUA DUA KENA LETAK JAWATAN DI FGV

Oleh Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

1. Pertelingkahan yang menjadi peperangan terbuka antara Tan Seri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad amat mendukacitakan. Ini episod memalukan kerana amat ketara sekali tidak ada musyawarah sesama mereka. Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini.

2. Apakah ia akan menjadi fenomena berterusan dalam pengurusan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu? Apakah selepas ini akan ada lagi episod pertelingkahan antara Pengerusi dan CEO atau Ketua Pengarah menyebabkan salah satu daripadanya dipaksa mengambil cuti atas alasan untuk siasatan dalaman yang sebenarnya proses pemecatan atau disuruh meletak jawatan?

3. Sewajarnya kedua dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baru dan tenaga baru mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan _”shareholders”_ terutamanya para peneroka.

4. Kedua duanya tidak perlu menunggu campur tangan Perdana Menteri. Ambil jalan mengalah. Letak jawatan segera. Mereka berdua perlu dipisahkan. Biar mereka berada di tempat baru tetapi berlainan.

5. Sampai masanya dikaji semula bidang kuasa seseorang Pengerusi, CEO, termasuk siapa yang berkuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah agar institusi berkaitan bukan menjadi medan kepentingan peribadi.

6. Ada kalanya kita mendengar seseorang Pengerusi menjadi Pengerusi pula kepada beberapa anak anak syarikat yang lain. Kalau satu dua tidak mengapa. Terdapat dakwaan, kebanyakan anak anak syarikat Pengerusinya adalah orang yang sama. Apakah ini amalan korporat yang baik? Atau mesti ada jumlah had tertentu supaya ia tidak dimonopoli dan disalah guna oleh seorang individu.

7. Justeru tunggu apa lagi. Kedua-duanya kena letak jawatan supaya tidak berlaku _”Trust deficit”_ yang boleh mengakibatkan harga saham FGV jatuh menjunam. Semoga Pengerusi FELDA Tan Seri Shahrir Samad tidak terlalu lama berdiam diri.

Sementara itu, Kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah.

Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd telah diminta untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan tersebut.

Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha untuk bercuti.

Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s