Lailatul Qadar Jatuhnya Pada Malam Aidilfitri

Oleh Nik Mohd Salleh Wan Musa

fb_img_1465829119282.jpg

Lailat al-Qadr Bulan Ramadān Dan Hari raya Aid al-Fitr
.

Apakah Erti Lailat al-Qadr?

Lailat al-Qadr di sisi sharīat sebagaimana diterangkan oleh para ulama dari hadīth Nabi (S.A.W.), khususnya golongan yang muhakik seperti hujjat al-Islām al-Imām al-Shāh Walī Allāh al-Dihlawī rahimallāhu taālā dalam kitabnya hujjat Allāh al-Bālighah, juzuk 2, ms. 533.
fb_img_1455499522611.jpg
Beliau berkata bahawa malam qadar itu ialah suatu malam yang dikurniakan oleh Allāh (S.W.T.) untuk memperlihatkan perancangan yang akan dilahirkan di alam bumi. Malam (Qadr) itu terbahagi kepada dua jenis.

Malam Qadr Jenis Pertama.

Pertama, malam qadr yang dinaskan oleh Al-Qurān dengan firmanNya:

Pada malam itu dibahagi-bahagikan setiap urusan yang berhikmah. (Al-Qurān: 44: 4).

Pada malam itu diturunkan sebuah Al-Qurān ke langit dunia. Kemudian, diturunkan kepada Nabi (S.A.W.) pada bulan Ramadan sedikit demi sedikit selama dua puluh tiga (23) tahun.

Malam Qadr ini hanya satu malam dalam setahun, dan tidak semestinya berlaku pada bulan Ramadān. Malam ini ialah suatu malam yang telah berlaku semasa turunnya Al-Qurān dahulu.

Adapun pada masa sekarang, malam qadr ini hanyalah tinggal sebagai malam kenangan atau malam ulang tahun untuk memperingati tujuan yang terkandung dalam hikmah dikurniakan malam qadr itu jua.

Penentuan Malam Qadr
.

Ada pelbagai pendapat para ulama tentang penentuan malam Lailat al Qadr itu. Nas-nas dari Al-Qurān dan hadīth Nabi (S.A.W.) telah tidak menentukan dengan jelas malam yang tersebut; tetapi daripada isyarat-isyarat yang terkandung dalam ayat-ayat dan hadīth-hadīth itu, telah dijazamkan oleh ulama Islām yang muhakik, bahawa malam qadr yang di dalam kenangan itu ialah malam hari Raya Aid al-Fitr; sebagaimana umat Nabi Mūsā (A.S.) dahulu, telah diperintah oleh Allāh (S.W.T.) supaya berpuasa selama empat puluh (40) hari untuk melayakkan diri mereka menerima kitab Taurāt. Kemudian, disusuli pula dengan berhari raya kerana bersyukur dengan keredaan Allāh kepada mereka.

Demikian juga halnya bagi umat Nabi Muhammad (S.A.W.) telah diperintah berpuasa selama tiga puluh (30) hari untuk melayakkan diri mereka menerima Al-Qurān. Perbandingan ini telah dinaskan oleh Al-Qurān dengan firmanNya:

Wahai orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah difardukan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa kepada Allāh. (Al-Qurān: 2: 183).


Al-Qurān Diturunkan Pada Malam Hari Raya.

Al-Qurān telah diturunkan pada malam hari raya itu, iaitu malam yang ketiga puluh satu (31) dari hari mereka disuruh berpuasa. Dengan sebab itu Allāh menyuruh orang beriman supaya menghidupkan malam hari raya itu dengan memperbanyakkan ibadat, bertakbir dan bertahlil kerana menyambut sebuah kitab yang dikurniakan oleh Allāh pada malam itu untuk menjadi hidayah dan panduan hidup yang abadi kepada mereka, iaitu Al-Qurān.

Pada keesokan harinya, mereka diperintah supaya semua peringkat umat Islām termasuklah kanak-kanak, fakir-fakir miskin dan lain-lain berhari raya dengan mengadakan silatul rahim, bersuka ria dan menjamu makanan-makanan kepada orang fakir dan sebagainya.

Malam Qadr Jenis Kedua.

Malam Qadr jenis kedua, iaitu malam qadr yang tersebut dalam hadīth Nabi (S.A.W.), iaitu suatu malam dari sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadān pada setiap tahun.

Lailat al-Qadr ini hanya sejenis penjelmaan cahaya-cahaya alam malakūt dengan diturunkan malaikat-malaikat ke alam bumi untuk mengukur darjah kelayakan manusia menjadi seorang yang beriman yang sempurna.

Adapun ditentukan pada sepuluh hari yang akhir pada bulan Ramadān itu, ialah kerana pertemuan seseorang beriman dengan Lailat al- Qadr dan terbuka mata hatinya melihat penjelmaan itu, apabila sifat bahimiyah (kehaiwanan) pada diri seseorang telah benar-benar mengaku kalah di hadapan sifat malaikat sebagai hasil dari ibadat puasanya.

Pertemuan seseorang dengan Lailat al-Qadr ini di sisi sharīat bolehlah diibaratkan suatu kemenangan atau kejayaan bagi mereka yang berpuasa.

Maksudnya, kesempurnaan bagi seseorang yang berpuasa itu sepatutnya dia beretemu dengan Lailat ul- Qadr yang tersebut sebagaimana kemenangan seorang yang bermain bola, apabila dia berjaya memasukkan bolanya ke pintu gol lawannya.

Pohonkanlah kepada Allāh supaya kita sekalian dapat bertemu dengan Lailat al-Qadr yang tersebut itu. Wabillāh al-taufiq.

Nabi (S.A.W.) bersabda bahawa sesiapa yang mendapat rasa cahaya Lailat al-Qadr hendaklah dia membaca doa berikut, maksudnya:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat mengampuni, Engkau kasihkan permohonan ampun. Maka ampunilah kepada kami sekalian”. Wa Allāhu alam.

(Hj. Nik Muhammad Salleh ibni al-Marhum Hj. Wan Musa, Kota Bharu Kelantan, 27.11. 1970).

Advertisements

One thought on “Lailatul Qadar Jatuhnya Pada Malam Aidilfitri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s