Sarawak Tak Akan Tunduk Pada Kesombongan Nazri

KUCHING:”Saya tidak akan tunduk kepada kesombongan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Pusat, Datuk Seri Nazri Aziz,” kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata adalah menjadi haknya untuk meminta penangguhan dan semakan semula pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dipaksakan kepada negeri ini tanpa berunding dengan tuan tanah.

“Saya tidak akan tunduk kepada kesombongan dan reaksi kasar menteri ini.

“Apa yang saya lakukan adalah berdasarkan kepada lunas undang-undang … berdasarkan apa yang saya tahu sebagai seorang pengamal undang-undang dan untuk menjaga kepentingan Sarawak,” ujarnya.

Menurut Karim, isu Cukai Pelancongan tersebut dijangka akan dibincangkan lanjut dalam mesyuarat kabinet tidak lama lagi dan keputusan kabinet itu kelak akan membolehkan Kerajaan Negeri membuat tindakan susulan.

“Isu ini perlu dibincangkan di peringkat yang lebih tinggi daripada kementerian saya.”

“Ia hak mutlak Kerajaan Negeri dan rakyat Sarawak,” jelasnya selepas menyertai program agihan bubur lambuk dan bubur pedas di Sarawak Plaza petang semalam.
href=”https://penyusakti.files.wordpress.com/2017/06/fb_img_1497247676054.jpg”>

Beliau berharap bahawa tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri mengenai pelaksanaan Cukai Pelancongan akan diperhalusi dan akan ditangani secara baik untuk semua pihak.

Karim berkata kerajaan negeri tidak bermaksud untuk menentang pelaksanaan Cukai Pelancongan sebaliknya kecewa tidak dirujuk mengenai perkara itu. – Sarawakiana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s