Bangla Dikerat 10, Dimasukkan Dalam Guni

ALOR SETAR:Seorang lelaki warga Bangladesh dikerat lebih 10 bahagian dan dibuang dalam tiga guni di Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani .

Mayat Azad Late Late Mofyan Uddin, 38, dtemui jam 1 pagi tadi susulan laporan polis mengenai kehilangan mangsa oleh teman wanitanya, seorang warga tempatan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, berkata polis kemudiannya ke rumah sewa mangsa dan mendapati rumah itu berbau busuk, selain mengesan air kehitaman mengalir dari belakang almari dapur.

“Pemeriksaan lanjut menemui tiga bungkus guni plastik yang terikat. Di dalamnya, terdapat anggota badan yang dikerat, menggunakan senjata tajam.

“Kita percaya mangsa mati sejak Sabtu lalu berdasarkan laporan teman wanita mangsa yang gagal mengesannya.

“Malah, teman wanitanya mengesyaki sesuatu berlaku apabila seorang daripada dua rakan serumah mangsa mempunyai kecederaan pada bahagian tangan.

“Kita tidak menemui sebarang senjata, manakala dua rakan mangsa sudah menghilang diri.

Majikan mereka juga memaklumkan mereka tidak datang kerja sejak beberapa hari lalu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Asri berkata, pihaknya kini sedang mencari dua rakan mangsa, yang juga warga Bangladesh untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Dua rakan mangsa dikenali sebagai Md Julfikar, 37, memegang pasport bernombor BA0101505 dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Nur, 50, memegang pasport 05776663,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk menghubungi balai polis berdekatan. – Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s