Iran Hantar 4 Kargo Makanan Ke Qatar

TEHERAN: Iran menghantar empat pesawat kargo yang membawa bekalan makanan ke Qatar dan merancang untuk membekalkan 100 tan sayuran serta buahan pada setiap hari ekoran kebimbangan kekurangan bekalan makanan.

Qatar berunding dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman selepas Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan menuduh Doha menyokong aktiviti keganasan.

Bagaimanapun, Qatar menafikan semua dakwaan tersebut.

Ketua perhubungan awam penerbangan Iran, Shahrokh Noushabadi berkata, susulan sekatan ke atas Iran, Syarikat penerbangan IranAir menghantar bekalan sayuran dan buahan menerusi empat pesawat.

Sementara itu, ketua pertubuhan perdagangan, perniagaan dan industri, Ali Hemmati berkata, pihaknya akan mengeksport 100 tan buah-buahan dan sayuran ke Qatar pada setiap hari.

Seorang diplomat di Doha berkata, tiga pesawat kargo dari Iran mendarat di Qatar pada setiap hari membawa bekalan makanan.

Selan itu, sejumlah bot kecil juga membawa produk makanan kepada penduduk tempatan.-mStar/Reuters

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s