Isa Perlu ‘Direhatkan’ Jika Jejas FGV – Ku Li

GUA MUSANG, 13 Jun: Tan Sri Isa Samad perlu direhatkan jika kedudukannya sebagai pengerusi membawa kesan negatif kepada Felda Global Venturus Holdings Berhad (FGV).

Tokoh veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata lantikan jawatan itu dibuat pihak berkuasa menerusi saluran politik, lapor Sinar Harian. Ahli parlimen Gua Musang berkata pihak atasan harus membuat keputusan dalam soal pengurusan dan pentadbiran.

“Kalau ia merugikan perjuangan politik, apatah lagi kepentingan rakyat, wajar keputusan dibuat agar tidak meneruskan keadaan jelas merugikan kita,” katanya.

Kemelut FGV menarik perhatian apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad diarah bercuti serta merta.

Zakaria bersama tiga individu lain diarah demikian bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap urus niaga Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP), anak syarikat FGV.

Zakaria juga memberi kata dua kepada pemegang saham FGV sama ada memilihnya atau Isa kerana beliau tidak boleh bekerja bersama akibat berbeza pendapat. – Projek MMO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s