‘Petani Bakar Harum Manis Tidak Laku’

KANGAR: Jabatan Pertanian Negeri Perlis kesal dengan tindakan seorang pengusaha mangga Harumanis di negeri ini yang membakar sejumlah besar buah berkenaan kerana dikatakan telah rosak kesan lambakan akibat kurang permintaan.

Pengarahnya, Zulkifli Amin Mat Jusoh berkata tindakan tersebut amat tidak wajar memandangkan banyak alternatif bagi mengatasi lambakan buah harumanis seperti diproses menjadi jus atau minuman kordial.

“Dek kerana permintaan kurang dan berlaku lambakan pengeluaran, orang Perlis terpaksa bakar Harumanis?…Itu salah sama sekali.

“Mujurlah hanya seorang pengusaha bertindak sedemikian.

“Memang diakui pada musim kali ini, permintaan sedikit merosot.

“(Kebetulan) harumanis mencapai kemuncak pengeluarannya pada bulan puasa, jadi keghairahan untuk membeli dan memakan buah itu tidak seberapa,” kata Zulkifli Amin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan sebuah akhbar hari ini yang bertajuk ”Petani Perlis Bakar Harumanis, Harga Jatuh Mendadak” ekoran lambakan pengeluaran.

Zulkifli Amin berkata pengeluaran Harumanis yang begitu banyak pada musim ini adalah rezeki dan rahmat besar yang dikurniakan di negeri ini yang tidak wajar disia-siakan begitu sahaja.

Pihak Jabatan Pertanian juga tidak melihat lambakan mangga itu sebagai satu masalah, malah berterusan membantu para petani komersial untuk memasarkan hasil mereka ke seluruh negara melalui pelbagai cara serta kerjasama dengan jabatan berkaitan yang lain, katanya.

“Bagi buah yang sudah terlalu masak, atau kualitinya terlalu rendah ia akan dijual kepada pengusaha yang menjalankan industri hiliran berasakan harumanis seperti membuat aiskrim dan kordial minuman, bukannya dibazirkan dengan dibakar atau dibuang,” jelasnya.

Mengulas lanjut Zulkifli Amin berkata selain pengeluran luar biasa tahun ini, imej harumanis itu sendiri telah dicemari oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menjual buah yang tidak berkualiti dan belum cukup matang demi mengaut keuntungan semata-mata.

Ada segelintir individu yang menanam harumanis enggan menjaga pokok itu secara serius termasuk tidak melakukan proses membalut buah dengan kaedah yang betul sedangkan cara itu amat mempengaruhi kualiti buah. – Bernama.

Bagaimanapun, orang Perlis yang memahami perkara membakar buah harum manis ini berpandangan berlainan, kerana mereka hanya membakar buah yang sudah berulat untuk mengelak jangkitan.

Seorasng Netizen, Aidi Rosaidi Matalim berpendapat, akhbar Kosmo telah memanipulasikan berita pembakakaran buah berkenaan.

“Elok kita pakat tular topik cerita palsu ni. Nak habaq bagi, buah busuk atau buah yang dimakan ulat, ataupun buah yg ada lalat buat (fruit flies) adalah lebih baik dibakar. Hasil bakar tu akan jadi humus yg baik untuk pembajaan pokok,” tulisnya.

Tulisnya lagi, penulisan tidak beretika memberi eksan buruk kepada industri harum manis di Perlis.

“Kalau ikut Kosmo Online, wartawan yg menulis adalah Zaid Mohd Nor dan Megat Lutfi Megat Rahim. Mohon ditularkan posting ni, sehingga penama-penama berkenaan boleh baca sendiri posting ni, dan bolehlah juga bersemuka dengan aku untuk disekolahkan.”

“Inilah yang dikatakan wartawan tanpa etika, ketua editor kalau tak check pun boleh masuk kategori bodo, pengurusan suratkhabar pon eloklah pikir macamana nak ambik tindakan ke atas wartawan yg tak dak etika ni. Selagi boleh spin, depa kira nak spin saja.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s