500 Ekor Kucing Diselamatkan Daripada Jadi Lauk Makan Malam

MINGGU lalu akhbar Harian Metro melaporkan penjualan kucing secara gelap di sekitar kota raya Kuala Lumpur untuk makanan warga asing dijual dengan harga RM12 seekor, alternatif kepada bekalan daging lembu yang mencecah RM35 sekilogram, manakala ayam RM8-RM10 sekilogram.

Di Beijing, China seperti dilaporkan dalam portal mStar, seorang lelaki ditahan bersama 500 ekor kucing yang akan dijadikan lauk untuk makan malam penduduk di Timur China.

Berbanding dengan pasaran gelap di Kuala Lumpur itu, daging kucing di Beijing dijual dengan harga kira-kira RM19 seekor.

Kucing itu diselamatkan selepas polis di bandar Jiujiang, wilayah Jiangsu berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki menangkap kucing-kucing dan merancang untuk menjualnya kepada restoran-restoran di bandar lain, lapor portal, 163.com.

Suspek yang dikenali sebagai Sun dipercayai telah menangkap kucing-kucing dan menjualnya ke restoran beberapa kali sebelum ini.

Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Yang membuat laporan polis mengenai kecurian haiwa-haiwan tersebut termasuk yang dipeliharanya.

Menurut Yang, baru-baru ini, haiwan peliharaannya yang sedang menyusukan lima anak kucing baru lahir telah hilang.

Siasatan polis kemudian menemui kucing-kucing itu yang disembunyikan di satu sebelum dijual ke restoran-restoran.

“Suspek menggunakan burung pipit sebagai umpan untuk menangkap kucing.

“Beberapa kucing yang ditangkap adalah haiwan peliharaan dan yang lain adalah kucing jalanan.

“Setiap kucing dijual dengan harga lebih dari 30 yuan (RM19),” kata polis yang mengendalikan kes tersebut.

Banyak kucing kemudian dijumpai di pondok berdekatan lebuh raya, sesetengah daripadanya hampir mati kelaparan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s