SUP BERSAMA ROTI BENGGALI

Tajuk: Tidak terlalu jauh

Bila dah waktu lewat macam ni, sekarang dah hampir satu pagi, perut mulalah akan lapar balik. Bagi yang dah tidur mungkin sedang nyenyak di tilam empuk. Tapi bagi yang masih bulat matanya, mungkin dia sedang idamkan sepinggan mee goreng atau mungkin semangkuk sup untuk dicicah bersama sebuku roti benggali. Atau mungkin dia ingin mencicip segelas minuman panas yang padu memenuhi seleranya.

(Malaysia sebuah negara aman dan kaya dengan juadah makanan, awak cuma perlu ada RM, RM, RM dan segalanya boleh diuruskan)

Waktu ini di beberapa wilayah lain segala macam peristiwa tercetus: persengketan warisan, kebuluran, kematian perang, pengeboman tanpa jangka, keganasan terancang dsb, dan di bumi Malaysia ia seolah-olah terpisah. Adakah ia selama-lamanya akan terpisah? Jawapannya akhirnya berada dalam tangan setiap orang Malaysia sendiri.

Selain dari kolonialisme yang dipacu oleh pembolotan kekayaan / ekonomi, pembolehubah lain yang tak kurang dominan untuk mencetus konflik ialah ketidakpuashatian dalam segmen masyarakat itu sendiri. Ketidakpuastian ini akan menaiki tangga yang lebih serius bila timbul rasa terancam.

Konflik juga boleh tercetus dari kepentingan eksklusif sesebuah kelompok. Kelompok tadi boleh saja berakar dari pengenalan kaum atau suku. Ia boleh juga mewakili kelompok yang berada di strata atas dalam pemilikan ekonomi misalnya. Dan ia juga biasa muncul dari kelompok yang mendakwa hanya fahaman kepercayaan mereka sajalah yang maha benar.

Dari beberapa senario tersebut, adakah Malaysia boleh dianggap benar-benar bebas dari konflik? Yang boleh mengelakkan kehidupan amannya tiba-tiba pada suatu hari tercetus huru-hara?

Bagi seorang individu Malaysia yang pada saat ini sedang asyik menyedut nikotin dari rokoknya, mungkin kelazatan rokok yang menggetar sarafnya lebih utama dari menyoal perkara-perkara di atas. Namun mungkin juga dia sedang mencari jawapan dan penyelesaian dari bantuan kimia nikotin yang meresap ke otaknya.

 

Walau bagaimanapun persoalan-persoalan di atas tidak lebih hanyalah mewakili satu persoalan dari banyak-banyak persoalan dalam kehidupan. Jika hanya persoalan tersebut yang menjadi fokus seharian – mungkin individu tadi tidak juga mampu menemui jawapan dan penyelesaian yang boleh diharapkan.

Kerana setiap aspek yang mengisi kehidupan seseorang itu, atau kehidupan ramai dalam sesebuah wilayah mereka berada — aspek-aspek tadi tidak akan pernah terpisah antara satu sama lain. Ketidakterpisahan inilah yang membentuk kompleksiti.

Siapa yang paling hampir dapat memahami kompleksiti ini, mungkin jawapan dan penyelesaian tidaklah terlalu jauh darinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s