Penulisan: Jujur atau Tak Jujur

SETIAP pelakuan yang jujur, ia akan terus kekal hidup. Meskipun si pelakunya sudah tak wujud lagi. Dan ini tidak terkecuali dalam bab tulis-menulis.

Bila seorang itu menulis sesuatu dengan niat ingin mempengaruhi, di sini kejujurannya sudah boleh dipersoal. Sama juga bila seorang itu menghantar perutusan melalui catatan yang sudah diubahsuai dari yang asli, kejujuran pun sudah terang-terang dinodai. Dan bila dia menulis cerita-cerita rekaan namun didakwanya sebagai cerita yang benar-benar berlaku, maka kerosakanlah yang akan berlaku kerana sifat mulia jujur sudah tidak dipeduli lagi.

Siapakah yang paling mengetahui sebuah tulisan yang tertera itu jujur, atau bukan? Jawapannya tak ada pada orang lain – melainkan tentu sajalah si penulisnya sendiri. 

Bagi si penerima pula, iaitu pembacanya, bagaimana mereka ingin tahu sebuah tulisan itu jujur atau sebaliknya tidak jujur?

Pendapat ramai selalunya akan mengatakan ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Kerana macam mana mereka nak tahu? Bukannya mereka yang tulis.

Walaupun begitu mungkin ada kaedah-kaedah yang boleh menghampiri untuk mengetahui sama ada sebuah tulisan itu jujur atau tidak jujur. Salah satu darinya dengan membuat pecahan-pecahan mengikut perkara atau subjek yang mengisi sesebuah tulisan.

Misalnya dengan mengambil sampel tulisan yang berkaitan politik. Atau agama. Atau boleh saja misalnya sebuah tulisan yang menyentuh kepentingan kelompok. Dan boleh juga suatu tulisan yang berkait kepentingan wilayah – seperti tulisan-tulisan yang tersebar luas waktu ini menyentuh konflik di negara-negara teluk.

Bila sebuah tulisan itu melibatkan kepentingan, selalunya ia akan terdedah kepada persoalan-persoalan dan lompang yang tidak sukar untuk disoal semula bila habis dibaca. Kerana tulisan seperti ini tidak akan bercerita mengenai perkara-perkara yang tidak membina atau negatif, yang boleh merosakkan kepentingan diinginkan. 

Subjek yang paling menjolok ialah kepentingan politik. Setiap tulisan yang menyentuh kepentingan politik akan diolah sedemikian rupa supaya pada akhirnya akan menjurus kepada kepentingan tadi. 

Jadi adakah tulisan seperti ini boleh dikelaskan sebagai jujur? Atau masuk dalam bakul tak jujur?

Mungkin jika ditanya kepada penulis-penulis yang bergerak cergas dalam lapangan kepentingan politik ini, mereka akan tampil dengan seribu satu alasan untuk mengiyakan apa yang mereka tulis. 

Namun adakah alasan itu mampu menidakkan? —  iaitu setiap yang tidak jujur itu walau macam mana pun akan kekal sebagai tidak jujur.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s