Syah Waliullah Huraikan Rahsia Puasa


Puasa Melemahkan Benteng Sifat Haiwan

Ketahuilah kadang-kadang manusia dapat memahami daripada segi ilham Allāh kepadanya bahawa benteng tabiat haiwan menghalangnya daripada kesempurnaannya iaitu ketundukan sifat haiwan kepada sifat malaikat. [Huraian Ubaidillah As-Sindhi: Contohnya, seorang mahu membuat sesuatu yang dia tahu dan faham. Hatinya mahu membuatnya, tetapi sifat haiwannya menguasai dirinya. Pada waktu itu dia tiada jalan keluar melainkan melemahkan benteng sifat haiwan dengan berpuasa].

Oleh sebab itu dia marah dan menuntut merobohkan bentengnya dan dia tidak dapati perkara yang membantunya pada perkara itu sama seperti lapar dan dahaga, meninggalkan perhubungan seks, mengawal lidahnya, hatinya dan anggotanya [Huraian Ubaidillah As-Sindhi: puasa ialah meninggalkan makan, minum, perhubungan seks dan sebagainya. Sedangkan iktikaf meninggalkan bercakap kosong dan iktikaf menyempurnakan puasa. Itulah maksud menahan lidahnya, hatinya dan anggotanya. Inilah maksud iktikaf, kerana iktikaf mengandungi maksud perisai dan menyerupai para malaikat dan berpeluang taat kepada Allāh Taʿālā], dan dia berpegang dengan perkara itu untuk mengubat penyakit jiwanya.

Selepas itu, orang yang menerima peraturan itu daripada pemberita yang benar dengan disaksi oleh hatinya; kemudian orang yang dipimpin oleh para nabi kerana kasih sayang kepadanya sedangkan dia tidak mengetahui; kemudian faedah itu dia akan dapati di akhirat kerana benteng sifat haiwan telah roboh.

Puasa Menundukkan Tabiat Haiwan Kepada Akal

Kadang-kadang manusia melihat ketundukan tabiat haiwan kepada akal menjadi kesempurnaan baginya; sedangkan tabiatnya menentang, seketika tunduk dan ketika lain tidak tunduk. Oleh sebab itu dia perlu mendapat latihan. Lalu dia sengaja melakukan amalan yang berat seperti puasa, dia memaksa tabiatnya dan sentiasa menyempurnakan janji, kemudian dan kemudian sehingga berhasil perkara yang dituntut.

Puasa Mencegah Daripada Mengulangi Membuat Dosa

Kadang-kadang seseorang melakukan dosa kerana kecuaian. Oleh sebab itu dia sentiasa berpuasa beberapa hari yang banyak yang menyusahkannya setimpal dengan dosa supaya dia tercegah daripada kembali kepada perkara yang seperti itu.

Puasa Memecahkan Keinginan Syahwah

Kadang-kadang jiwanya merindui perempuan dan dia tiada kemampuan dan dia bimbang akan berlaku zina. Oleh sebab itu dia bertindak memecahkan keinginan syahwahnya dengan puasa, [Huraian Ubaidillah As-Sindhi: kerana puasa adalah penawar yang besar untuk membantu meneguhkan iman dan puasa juga sebagai alat yang terbaik untuk beribadat dan berguna untuk menolak bala dan fitnah kubur, fitnah jahanam dan boleh menyampaikan seseorang ke pintu syurga Al-Rayan dan boleh memecahkan ḥijāb tabiat secara berkesan], dan itulah persabdaan Nabi (s.a.w.):

“Sesungguhnya puasa itu penghalang baginya.”

Puasa Melemahkan Sifat Haiwan Dan Menguatkan Sifat Malaikat

Dan puasa adalah suatu kebaikan yang besar, memperkuatkan sifat malaikat dan melemahkan sifat haiwan. Tiada yang setanding dengannya untuk menggilapkan permukaan roh dan menguasai tabiat. Itulah sebabnya Allāh berfirman:

“Puasa itu untukKu dan Aku membalasnya.”

Puasa Menggugurkan Kesalahan

Menggugurkan kesalahan berdasarkan kemerosotan benteng sifat haiwan dan puasa juga menghasilkan penyerupaan yang besar dengan para malaikat; oleh sebab itu malaikat mengasihinya di mana pergantungan kasih menjadi kesan kelemahan sifat haiwan dan itulah persabdaan Nabi (s.a.w.):

“Mulut busuk orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.”

Puasa Berguna Untuk Menghapuskan Budaya Yang Buruk

Dan apabila puasa dijadikan budaya yang masyhur, puasa berguna untuk menghapuskan budaya yang buruk; dan apabila suatu umat sentiasa berpuasa, semua syaitannya dibelenggu dan dibuka pintu-pintu syurganya dan dikunci pintu-pintu neraka daripadanya.

Apabila seseorang memaksa dirinya dan menghapuskan semua kekotorannya, amalannya menjadi rupa yang bersih di ʿālam al-mithāl. Sebahagian daripada orang arif yang bijaksana yang menumpu kepada rupa ini, [Huraian Ubaidillah As-Sindhi: iaitu rupa puasa yang berada di ʿālam al-mithāl, suci dan mujarad; kerana puasa termasuk dalam bidang meninggalkan makan, minum dan perhubungan seks dan termasuk dalam bidang yang menafikan makan dan minum yang menjadikan orang yang berpuasa itu bersih. Oleh sebab itu kesan puasa terdapat di ʿālam al-mithāl pada rupa orang yang puasa. Oleh sebab itu seseorang boleh sampai kepada zāt yang mujarad dengan bertawajuh kepada rupa yang mujarad dan bersih itu. Maksud zat yang mujarad itu ialah Allāh]; oleh itu ilmunya mendapat bantuan daripada pihak ghaib. Oleh sebab itu dia sampai kepada dhāt [iaitu dhāt Allāh yang Maha suci] daripada sudut kebersihan dan kesucian. Itulah maksud persabdaan Nabi (s.a.w.):

“Puasa itu untukKu dan Aku membalasnya.”

Rahsia Beriktikaf

Kadang-kadang seseorang memahami kemudaratan dari melampau dalam kehidupannya dan pancainderanya penuh dimasuki oleh unsur-unsur luar dan menghalang peluang untuk beribadat di masjid yang dibina untuk sembahyang. Oleh sebab itu dia tidak dapat sentiasa dalam keadaan demikian.

Perkara yang tidak boleh didapati semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya. Oleh sebab itu dia mengambil sebahagian daripada keupayaannya, suatu peluang lalu dia beriktikaf pada masa yang dia mampu.

Yang mengiringinya, orang yang mendapat penerimaan daripada pemberita yang benar [nabi] dengan disaksi oleh hatinya dan orang awam yang dikalahkan ke atasnya sebagaimana yang lalu. [Huraian Ubaidillah As-Sindhi:Ini ada perkaitan dengan masalah dalam rahsia sembahyang di mana orang yang sembahyang yang memasuki syurga bersama-sama rantai].
Kadang-kadang, seseorang berpuasa dan dia tidak mampu membersihkan lidahnya melainkan dengan beriktikaf. [Maka iktikaf menjadi alat untuk menyempurnakan puasa].

Beriktikaf Menuntut Malam Qadar

Kadang-kadang seseorang menuntut Lailat al-Qadr dan berhubung dengan malaikat padanya. Oleh sebab itu dia tidak dapat menguasainya melainkan dengan beriktikaf dan akan datang untukmu pengertian Lailat al-Qadr. [Abū Ṭālib al-Makkī, pengarang kitab Qut al-Qulub mengatakan maksud puasa ialah menjahukan dosa-dosa, bukannya menahan lapar dan dahaga sebagaimana yang kami sebut dalam urusan sembahyang dahulu. Maksudnya, seseorang berhenti dari perbuatan keji dan munkar sebagaimana Rasūl Allāh (s.a.w.) bersabda yang bermkasud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya, Allāh tidak perlu kepadanya meninggalkan makan dan minum]. Dan Allāh Maha Mengetahui.

Kredit: Whatsapp Ahli Fitrah Insaniah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s