Tulisan & Pembacaan

Melontar buah-buah pendapat secara generalisasi selalunya tidak meninggalkan apa-apa bekas. Misalnya melontar pendapat bahawa seekor harimau itu garang, akan menerkam mangsanya sebagai habuan, tidak sama sekali akan menambah kegerungan pada si pendengar. Kerana ianya terlalu general. Sebelum pendapat itu ditangkap di telinga pendengar, si pendengar dah pun maklum / percaya bahawa mamalia harimau ialah binatang garang.

Ini tentu sajalah tak ada beza bila pendapat harimau garang tadi disusun dengan barisan perkataan. Walaupun segebu mana atau seretorik mana tona yang terhasil dari sesunan perkataannya.

Jadi bagaimana masih wujud penulis yang tak sudah-sudah asyik-masyuk bermain perkataan dengan pendapat-pendapat general? Adakah dirinya hanya seronok bermain perkataan? Adakah dia cukup percaya pendapat yang general boleh menghibur pembaca?

Atau adakah dia sejak awal lagi mengunci dirinya dari menjadi peneroka yang lepas-bebas? Merdeka? Merdeka dengan tidak mengikat dirinya dengan apa-apa jalan berfikir yang sudah sedia ada? Atau dia sendiri dah pun beranggapan dirinya sudah cukup bijak? Hrmm.

Confucious pernah menyebut:

“No matter how busy you may think you are, you must find time for reading, or surrender yourself to self-chosen ignorance.”

Mungkin self-chosen ignorance yang Confucious maksudkan ialah, si polan itu masih jugak belum keluar-keluar dari duduk berlegar dalam lubang general.

Dan jika dia seorang penulis, sudah tentu kaitannya sangat rapat dengan bagaimana hasil penulisan yang dihasilkan.

Dari menimba perspektif berbeza dengan banyak membaca, Franz Kafka ada mengulas tentangnya:

“I think we ought to read only the kind of books that wound or stab us. If the book we’re reading doesn’t wake us up with a blow to the head, what are we reading for?”

Di sini Kafka kelihatan mengusulkan bahan bacaan yang lebih spesifik dan radikal. Ia tentulah tidak mengejutkan kerana tulisan-tulisan / karya beliau sendiri jelas keluar dari persoalan-persoalan hidup jenama konvensional.

Jadi adakah boleh dirumuskan penulis-penulis yang masih terperuk dalam lubang generalisasi, salah satu kaitannya kerana mereka kurang membaca? Dan kalau membaca pun, bahan bacaan tadi tidaklah sampai menggoncang keselesaan yang biasa?

Selalunya bila seorang itu berada dalam situasi hidup yang baru, dengan sendiri akan muncul getaran berbeza dalam dirinya. Kerana sebelumnya situasi itu belum pernah dia jumpa.

Dan kaitan dengannya Honoré de Balzac pernah menyebut:

“Reading brings us unknown friends.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s