Cadangan Zaid Ibrahim, Kit Siang Sebagai Menteri Pendidikan

BEKAS Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim yang kini bernaung di bawah payung DAP mencadangkan Lim Kit Siang sebagai Menteri Pendidikan, jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang ke-14 (PRU-14).

Apa agaknya akan berlaku kepada hala tuju sistem pendidikan negera jika Lim Kit Siang yang sangat terkenal dengan semangan perkauman kaumnya menjadi Menteri Pendidikan?

Mungkinkah dia mencadangkan penutupan sekolah agama atau mungkinkah dia akan menjadikan semua sekolah di negara ini kepada satu jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Idaman lama perjuangannya untuk memperkasakan kembali Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang dikompromi tutup pada zaman Tun Razak, dihidupkan kembali atau sekurang-kurangnya membenarkan pertumbuhan sekolah itu yang dasar sekarang ini mengehadkan kepada 60 buah sahaja.

Pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di universiti awam wajiblah dilaksanakan kerana inilah desakan lama DAP bersama-sama dengan pertubuhan NGO pendidikan Cina, Dong Jia Zhong (DJZ).

Wajah universiti awam dan swasta juga akan berubah dengan drastik yang ketika ini banyak IPTS diketuai oleh kaum bukan Bumiputera akan menjalar pula ke seluruh universiti awam dengan mengisi jawatan Naib Canselor terdiri dari mereka yang menganut ideologi DAP.

Adakah Perdana Menteri waktu itu seperti dicadangkan Zaid ialah Tun Dr Mahathir Mohamad akan menolak hala tuju DAP itu?

Dr Mahathir pada tahun-tahun terakhir sebagai Perdana Menteri dulu merupakan antara pendesak agar dasar meritokrasi diperkenalkan di seluruh IPTA dengan memansuhkan sistem kouta, menyebabkan kursus kritikal seperti kedoktoran, kejuruteraan, perakauanan, guaman diisi oleh bukan Bumiputera di universiti awam dan tentunya mereka juga mengisinya di universiti swasta.

Apa akan berlaku dengan dasar yang hanya memihak kepada satu kaum ini terhadap kesihatan negara apabila Bumiputera yang menjadi kaum majoriti disisihkan?

Apakah dengan pelantikan Kit Siang memungkinkan beliau merangka agenda hala tuju ke arah berpihak kepada mencinakan dasar pendidikan kebangsaan?

Dalam posting terbaru dalam blognya, Zaid mencadangkan bekas Perdana Menteri iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 92 tahun untuk kembali sebagai Perdana Menteri.

Menariknya, Zaid sebelum mengisi jawatan Menteri Kehakiman ketika Pak Lah sebagai Perdana Menterui merupakan seorang yang sangat keras menentang Dr Mahathir.

Zaid bagaimanapun tidak mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berkata jawatan timbalan perdana menteri perlu dibiarkan kosong.

Katanya, ini memberi isyarat kuat kepada Anwar yang kini dalam penjara bahawa jawatan tersebut untuk beliau.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir sebelum dipecat oleh bekas perdana menteri itu.

Presiden PPBM, Muhyiddin hanya dicadangkan sebagai Menteri Tenaga dan Minyak, sebuah penghinaan yang sangat luar biasa besarnya kepada seorang bekas Timbalan Perdana Menteri.

Malah, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dicadangkan memegang jawatan menteri kanan iaitu sebagai Menteri Kewangan.

Zaid turut mencadangkan jawatan Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang kepada R.Sivarasa mewakili PKR.

Nama-nama lain yang dicadangkan adalah Tony Pua (DAP) sebagai Menteri Perdagangan manakala Rafizi Ramli (PKR) memainkan peranan dalam agensi besar seperti Mara, Felcra, Risda, Felda dan Tabung Haji.

Tambahnya, tugas Menteri Hal Ehwal Agama juga perlu diberikan kepada pemimpin Amanah, Mujahid Yusof Rawa manakala Presiden Amanah, Mohamad Sabu dicadangkan sebagai Menteri Pertahanan dan Liew Chin Tong (DAP) sebagai Menteri Pengangkutan.

Beliau mencadangkan seorang menteri penyelaras baharu bagi Hal Ehwal Sabah/Sarawak dan Kementerian Telekomunikasi, Sains dan Teknologi digabungkan menjadi satu dibawah pemantauan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Jawatan Menteri Luar perlu diberikan kepada pemimpin PPBM manakala Nurul Izzah (PKR) akan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Pemberian ghanimah (harta rampasan perang) sebelum berperang yang dicadangkan Zaid ini menarik untuk direnungkan, sama ada sebagai bahan ketawa atau mungkin juga untuk memberi bunga harapan kepada Pakatan Harapan.

Atau, mungkinkah harapan tinggal harapan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s