Anak TPM Nikah Di Makkah, Semalam

ANAK perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas di Makkah pada Selasa.

Nurulhidayah, 39, telah berkongsi tentang khabar gembira itu di laman Instagramnya, kira-kira pukul 5.30 petang Selasa.

Menurut laporan Malaysiandigest, Nurulhidayah sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram pukul 10 pagi waktu tempatan, dengan sekali lafaz.

Saiful Nizam ialah seorang ahli perniagaan dan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/20/anak-tpm-nikah-di-makkah/~/media/b4864974dbe84f908f9cefb241c1b4a6.ashx?la=en

-foto Eksklusif Malaysiandigest

“Saya bertemu dengannya melalui beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan. Sepanjang tempoh itu, beliau banyak bertanyakan nasihat mengenai bisnes.

“Saya menyedari bahawa saya mahu menjaga wanita ini dan anak-anaknya, jadi saya bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut,” memetik laporan Malaysiandigest.

….Alhamdulillah and thank you for the prayers 💕

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on

Nurulhidayah berkata persetujuan daripada ibu bapanya memudahkan lagi pernikahan mereka walaupun pada mulanya keberatan menerima lamaran Saiful,

“Mengetahui bahawa semua orang merestui perkahwinan kami, kami hanya berharap untuk peroleh keberkatan pada hari-hari terakhir Ramadan ini,” kata ibu tiga anak itu.

Suami kepada Nurulhidayah meninggal dunia Jun tahun lalu selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di Bangsar.

Kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Sumber: mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s