Rare: Satu Majalah Gila-Gila Terbitan Pertama Boleh Dijual RM8,000 Senaskah

BUKAN menghairankan apabila koleksi majalah humor Gila-Gila yang popular pada 1980-an ditawarkan pada harga hampir mencecah RM5,000.

Majalah humor nasional berkenaan kini sudah dianggap ‘rare’ dan bernilai selepas seorang peniaga dalam talian menawarkan dua kotak majalah itu pada harga RM4,900 termasuk beberapa majalah lama yang lain, bulan lalu.

Pengarah Urusan Gila-Gila, Jaafar Taib berkata, perkara itu tidak pelik kerana Gila-Gila sudah menjadi barangan sejarah yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

“Komik lain, contohnya Superman terbitan pertama pada 1938, dijual pada harga RM3 juta.

“Majalah Gila-Gila era 1976 hingga 90-an dijual dengan harga RM5,000 untuk dua kotak, itu masih belum luar biasa, kerana satu naskhah terbitan pertama dijual dengan harga RM8,000 pun boleh berlaku.

“Tidak mustahil, tahun demi tahun harga majalah Gila-Gila boleh melebihi RM10,000 untuk naskhah terbitan pertama,” katanya ketika ditemui pada program Raya Ria Bersama Gila-Gila di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Sabtu lalu.
udaya, jika disebut kartunis di Malaysia, orang akan terbayangkan Gila-Gila kerana cetusan industri kartun di negara ini bermula dengan majalah humor Gila-Gila. Jadi sebab itu ia mahal,” katanya yang lebih dikenali dengan nama pena Ronasina.

Menurutnya, karya Gila-Gila yang diterbitkan setiap bulan sejak 1976, mempunyai mesej tersendiri mengikut isu semasa dan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat.

Pada program Raya Ria Bersama Gila-Gila, lima kartunis terkenal, Jaafar Taib, Aloy, Aza, Asan dan Roy bertemu peminat selain mengadakan sesi melukis karikatur secara percuma kepada pengunjung Paradigm Mall.- Sumber: Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s