Isu 1MDB Tidak Pengaruhi Pola Undi – Kajian UUM

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) tidak seharusnya membuang masa dengan terlalu memfokuskan kepada isu 1MDB kerana ia tidak banyak membantu kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Rakyat sudah dua tahun dihadapkan dengan isu 1MDB, isu ini sudah tepu dan tidak mampu mendapatkan sokongan baru kepada PH berbanding penjelasan mengenai tawaran dasar-dasar PH sendiri.
0
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, lebih baik tempoh tiga bulan dari Julai ke September ini diguna untuk memperkukuhkan PH berbanding membuat jelajah penerangan isu 1MDB.

“Rakyat terbanyak sebenarnya sudah muak dengan isu 1MDB di mana hampir semua pengundi sudah mempunyai maklumat yang cukup dan pendirian yang jelas mengenai isu ini.

“Apa-apa maklumat baru mengenai isu 1MDB, seperti pendedahan terbaru saman Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini, tidak akan mampu memberikan penambahan yang signifikan terhadap tahap sokongan kepada PH.

“Sebaliknya rakyat, terutamanya golongan pengundi atas pagar, lebih berminat untuk mengetahui apa yang PH akan lakukan jika mereka berjaya mengambil-alih pemerintahan negara dari Barisan Nasional (BN).

“Dalam hal ini, Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong, pernah mengaku di dalam akhbar mingguan The Edge Malaysia bahawa PH mempunyai masalah di dalam menawarkan dasar-dasar mereka,” katanya.

Beliau diminta mengulas pengumuman Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bahawa PH merancang mengadakan perhimpunan rakyat “Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” September ini bagi memberi penjelasan terkini mengenai isu 1MDB.

Perhimpunan ini adalah kemuncak kepada jelajah 1MDB di seluruh negara bermula di Kepala Batas 6 Julai ini anjuran Jawatankuasa Bertindak 1MDB yang dibentuk bagi menyelaras reaksi parti-parti pembangkang ke atas isu 1MDB.

Kamarul Zaman, yang juga Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), berkata, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, dalam ucapan Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia pada 7 Februari lalu turut mengakui perkara ini.

“Tegas Mohamad Sabu, isu dah terlalu banyak, sampai orang nak muntah dah, tapi persoalan yang belum selesai ialah keyakinan rakyat, khasnya orang Melayu, tentang apa akan jadi jika berlaku perubahan kerajaan.

“Oleh itu, dari membuang masa dengan isu luaran, pemimpin PH sepatutnya menggunakan masa yang ada untuk membina kekuatan dalaman PH seterusnya memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai kemampuan PH memerintah dengan lebih baik berbanding BN.

“Keyakinan rakyat akan terbina jika PH dapat mengemukakan penyelesaian konkrit kepada segala permasalahan yang mereka hadapi melalui penawaran dasar-dasar yang kemas dan tuntas.

“Jika perkara-perkara asas seperti siapa calon Perdana Menteri dari PH pun PH masih bertelagah sesama sendiri, seranglah BN sekuat mana pun tetapi rakyat terbanyak tetap akan menolak PH kerana mereka tidak yakin PH akan lebih baik dari BN,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.