Krisis Hadi dengan Tuan Ibrahim: PAS Nafikan Wujud

PEMERHATI politik percaya pergelutan kuasa mungkin sedang berlaku di dalam parti Islam PAS selepas Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man melantik kembali beberapa pemimpin lama parti yang sebelum ini disingkirkan daripada jawatan mereka untuk memegang beberapa jawatan utama sewaktu ketiadaan Presiden Abdul Hadi Awang.

Menurut laporan The Malaysianinsight, Veteran PAS Mustafa Ali ialah salah seorang pemimpin utama yang dibawa kembali untuk mengetuai lembaga penasihat PAS yang baru.

Mustafa yang sudah lama memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti itu sebelum ini digantikan dengan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bekas setiausaha politik Hadi Awang dalam penstrukturan semula
.
Dalam balasan whatsapp kepada Tuan Ibrahim beliau mengesahkan pelantikan itu

Mustafa, 72, memberitahu yang dia dimaklumkan pelantikan itu tetapi masih belum menerima surat lantikan rasmi.

“Saya difahamkan yang pelantikan saya dibuat dalam mesyuarat kedua yang dipengerusikan Tuan Ibrahim,” katanya.

Ahli politik veteran PAS yang lain seperti Dr Sanusi Daeng Mariok (bekas naib presiden), Abdul Halim Abdul Rahman (bekas bendahari di ibu pejabat PAS) dan Subky Latif (penulis veteran PAS) juga dilantik kembali Tuan Ibrahim.

Hadi yang sedang bercuti panjang selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 16 Mei, sebelum ini mengarahkan keempat-empat mereka dilucutkan jawatan.

Penganalisis politik PAS Mohamad Hisomudin Bakar berkata tindakanTuan Ibrahim membawa kembali empat ahli politik veteran itu boleh dilihat sebagai usaha untuk menstabilkan parti dan membawa mereka yang dia percayai dan boleh bekerjasama.

Hadi buang, Tuan Ibrahim bawa balik,” kata Hisomuddin, yang juga merupakan pengerusi eksekutif Ilham Centre Reseach Facility.

PAS masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelantikan Mustafa dan tiga yang lain itu, yang dilihat sesetengah pihak sebagai petanda kemungkinan permulaan konflik antara Hadi Awang dan Tuan Ibrahim.

Sebelum ini kenyataan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat sering bercangah dengan Presiden PAS Hj Hadi Awang.

 

 

Sementara itu, Bernama melaporkan dari Kota Bharu, Timbalan Mursuidul Am PAS menjelaskan , tiada persengketaan antara presiden PAS  dan timbalannya sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ahmad berkata mungkin berlaku perbezaan pendapat antara mereka bagi sesuatu perkara namun ia tidak melibatkan hal yang berkaitan dengan dasar parti tersebut.

“Saya ada dalam apa jua perjumpaan parti, mesyuarat dan sebagainya, tidak ada pergeseran, cuma berlaku hanyalah berlainan pendapat sahaja disebabkan oleh satu perkara tetapi bukan melibatkan dasar parti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.

Ahmad, yang juga menteri besar Kelantan, berkata dakwaan itu sengaja diwujudkan oleh musuh politik PAS untuk mengaburi masyarakat kerana pihak terbabit akan melakukan bermacam-macam cara untuk memecahbelahkan PAS.

Sementara itu, mengenai penasihat DAP Lim Kit Siang yang mencadangkan naib presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad berkata rakyat akan menentukan parti yang layak untuk memerintah Kelantan.

“Mungkin itu cara mereka (pembangkang) untuk mencipta isu bagi menaikkan semangat pemimpin mereka bagi menghadapi PRU14,” katanya.

Beliau berkata PAS tidak mengambil peduli kenyataan seumpama itu kerana parti itu mempunyai dasar sendiri dan rakyat sudah memahami dasar yang diperjuangkan oleh PAS.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s