Pemuda UMNO Dah Mandul, Gagal Jadi ‘Anak Jantan’ – Ahli MT UMNO

BAGAN DATUK: Anggota Pergerakan Pemuda Umno di setiap peringkat perlu menjadi “anak jantan” dalam mempertahankan kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan berdepan fitnah serta tohmahan daripada pembangkang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata menjadi “anak jantan” bukan bererti mereka perlu bersikap kasar dan biadap, sebaliknya harus lantang bersuara dalam mempertahankan maruah serta nama baik pemimpin dan parti.

“Pemuda UMNO tidak boleh berdiam diri apabila presiden atau timbalan presiden parti dicemuh, dihina atau difitnah oleh pembangkang. Mereka seharusnya perlu bertanggungjawab mempertahankan kepimpinan parti.

“Namun, Pemuda UMNO ketika ini dilihat lebih banyak berdiam diri dan hanya berpeluk tubuh apabila pemimpin atau parti dicemuh dan difitnah oleh pembangkang. Mengapa perkara ini boleh berlaku?” katanya.

Tajuddin, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO bahagian Bagan Datuk di Wisma Umno di sini semalam.

Tajuddin berkata Pemuda Umno seharusnya menjadi barisan hadapan dan dengan penuh keberanian serta menunjukkan kesungguhan tinggi dalam mempertahankan maruah parti seterusnya dapat menepis segala cubaan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata Pemuda UMNO perlu bekerja keras bagi memastikan BN terus mendapat sokongan rakyat, sekali gus meraih majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang. — Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s