“Apakah Menteri Kesihatan Berbangsa India Anti Bahasa Melayu’ – Veteran UMNO

KENYATAAN AKHBAR VETERAN UMNO MALAYSIA:

1. Veteran UMNO Malaysia menentang keras sebarang usaha untuk menghilangkan syarat wajib lulus Bahasa Melayu diperingkat SPM bagi pengambilan jawatan doktor/pegawai perubatan secara kontrak seperti yang diberitakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Langkah itu tidak syak lagi sebagai usaha untuk mensabotajkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti peruntukan 152 Perlembagaan Malaysia. Biar apa pun pertimbangan yang akan dibuat oleh Kementerian Kesihatan ianya tidak harus mengorbankan syarat lulus BM dalam SPM itu diketepikan. Tidak kira siapa mereka yang akan diambil berkhidmat srbagai doktor mereka misti dan wajib lulus BM dalam SPM.

3. Yang anehnya, kenapa tiba-tiba isu ini timbul sedangkan ribuan lulusan perubatan dari Mesir, Indonesia dan tempatan yang masih menunggu untuk ‘housemanship’. Mereka rata-ratanya lulus BM dalam SPM. Jadi kenapa ianya sengaja ditimbulkan?. Apakah Menteri Kesihatan merujuk perkara ini terlebih dahulu kepada kabinet?. Apakah Ketua Pengarah Kesihatan merujuk kepada JPA?. Apakah Menteri Kesihatan yang berbangsa India anti Bahasa Kebangsaan?. Apakah KSU dan pegawai kanan dalam KKM jadi tunggul kayu dan ikut cakap menteri membuta tuli?. Apakah usaha ini ini untuk menimbul kemarahan rakyat kepada kerajaan menjelang PRU14?.

3. Oleh itu Veteran mendesak dan menuntut penjelasan menteri berkenaan kenapa beliau tidak terlebih dahulu merujuk perkara itu kepada kabinet sebelum membuat sebarang pengumuman. Sekiranya beliau gagal memberi alasan dan sebab yang munasabah, maka Veteran menuntut supaya beliau melepaskan jawatan itu dengan secara terhormat. Kita tidak mahu adanya duri dalam daging dan musuh dalam selimut. Kerajaan BN sekarang didokong oleh ahli kabinet yang mewakili parti-parti komponen dan mereka mistilah patuh kepada dasar dan ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan.

5. Veteran menuntut Perdana Menteri supaya mengkaji semula prestasi dan rekod menteri lantikannya supaya jangan menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut.

Sekian.

DATUK HJ MUSTAPHA YAAKUB
Setiausaha Agung
Veteran UMNO Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s