Baru 32 tahun dah dua, serumah lak tu

JUARA cabaran #gambarrareraya yang tular baru-baru ini kerana bergambar bersama dua isterinya berwajah seiras kini kembali dengan mesej poligami buat lelaki dan wanita di luar sana.

“Saat ini nisbah lelaki dan perempuan adalah perempuan lebih ramai, lelaki pula sedikit. Jadi bagaimana seorang wanita mahu terus berseorangan tanpa berkahwin melainkan dengan poligami? Siapa yang mahu poligami?,” katanya di akaun Facebooknya pada lewat petang Isnin.

Mohd Fhairul Azizzy Ramli, 32, ketika dihubungi mStar Online berkata, ‘posting’ itu bertujuan untuk berkongsi kemanisan hidupnya berpoligami dengan orang ramai.

Tambah anak kelahiran Segamat, Johor ini, sejak kisahnya tular, ramai lelaki terutama yang berkahwin meminta pandangan dan tips mengenai hidupnya berpoligami.

“Mereka tanya saya macam boleh hidup serumah dengan isteri pertama dan kedua, tetapi masih boleh berbaik bersama.

“Pada masa sama, saya juga mendapat kecaman daripada segelintir wanita yang menentang mahupun tidak menyokong saya hidup berpoligami.

“Malah, ada yang kata dalam gambar saja kelihatan mesra, tetapi sebenarnya mungkin kedua-dua isteri saya bermasam muka. Jujurnya, saya dan isteri-isteri tak ada masalah. Kami baik-baik saja,” katanya.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/04/lelaki-kongsi-mesej-poligami/~/media/75be72297de1417395c0d023c86af0fd.ashx?la=en

Gambar Mohd Fhairul mengangkat kedua-dua isterinya kini tular di media sosial selepas menyertai cabaran #gambarrareraya.

Mohd Fhairul mendapat perhatian baru-baru ini selepas gambarnya mengangkat kedua-dua isteri dengan masing-masing menggunakan sebelah tangan menjadi pilihan ‘juri’ dalam kalangan netizen sehingga tular di media sosial.

Menurut pengusaha restoran ini, namun bukan semua wanita yang mengecamnya kerana ada antara mereka meminta bantuan bagi menangai masalah perkahwinan.

“Wanita-wanita ini meluahkan perasaan tidak merasai nikmat perkahwinan sebagai isteri kedua kerana hubungan dengan isteri pertama tidak baik, suami pula tidak bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik antara mereka,” kata Mohd Fhairul.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2016, jumlah penduduk di negara ini adalah 31.66 juta orang, terdiri daripada 16.36 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan.

Mengenai statistik yang bertentangan dengan kenyataannya, katanya, apa yang cuba disampaikannya adalah secara santai supaya orang ramai memahami maksud tersirat.

“Bukan semua lelaki mahu berkahwin walaupun jumlah mereka di negara ini melebihi perempuan. Jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan termasuk andai kata jodoh mereka bersama lelaki yang sudah berkahwin,” katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga anak ini berkata, dia bersedia berhadapan dengan sebarang kritikan dan kecaman orang ramai mengenai perkongsian mesejnya tentang hidup berpoligami.

“Kalau ada yang mahu mengecam, saya terima kerana hati orang lain-lain. Tetapi adalah lebih baik jika ditanya tentang rahsia perkahwinan saya berbanding mengecam. Seeloknya, doakan kami sekeluarga yang baik-baik saja,” kata Mohd Fhairul.

Sumber: mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s