Mesyuarat Jemaah Menteri Esok Perlu Tegas Isu Kelulusan BM Untuk Jadi Doktor

JEMAAH MENTERI akan membincangkan isu keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Doktor kontrak, esok.

Ini berikutan arahan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengarahkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu yang menjaga JPA memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Ahmad Zahid berkata, langkah berkenaan bagi mengelak isu tersebut berterusan menjadi polemik dan dimanipulasi oleh pihak berkepentingan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

“Saya juga meminta Menteri bertanggungjawab terhadap JPA iaitu Joseph Entulu untuk memberi maklumat mengikut per­spektif jabatan itu bagi memberi pencerahan terhadap isu yang menjadi polemik di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan pejuang bahasa kebangsaan,”

Ahmad Zahid berkata, isu tersebut perlu ditangani dengan fikiran terbuka dengan mende­ngar penjelasan daripada kedua-dua menteri berkenaan terlebih dahulu.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mempertahankan keputusan melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu SPM bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kelonggaran itu adalah bagi memberi keadilan kepada graduan perubatan lantikan kontrak yang tidak mengambil subjek Bahasa Melayu dalam SPM.

Jika kerajaan mahu membenarkan juga, maka semakan teliti juga wajar dibuat kepada semua subjek untuk menentukan kelulusan asas mereka sebelum mengambil jurusan perubatan di luar negara.

Sebelum ini, ada pelajar Malaysia yang belajar di jurusan perubatan di Crimea State Universiti di Russia yang gagal biologi di peringkat SPM, tetapi boleh memasuki universiti berkenaan.

Laporan sebelum ini menyebut, mereka memasuki universitui berkenaan dengan menipu pihak universiti berkenaan menyatakan 9 dalam SPM itu merupakan markah terbaik, sama seperti di negara berkenaan, sedangkan kelulusan 9 dalam penilaian SPM beberapa tahun lalu bermakna gagal.

Ini kerana bidang perubatan berhubungkait rapat dengan kesihatan atau nyawa seseorang yang tidak boleh dikompromikan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Ravindran R Naidu pula berhujah, langkah JPA itu untuk mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun.

Menurutnya, melalui langkah itu, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan siswazah selama 2 tahun dan khidmat wajib 2 tahun di kementerian kesihatan.

Katanya, ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sekaligus mengekalkan modal insan dalam bidang perubatan di negara ini.

“Jika mereka tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib berkenaan, mereka tidak dapat menjadi seorang doktor dan ini akan merugikan negara.

“Mereka (graduan perubatan) tidak boleh bekerja di klinik swasta dan farmasi sekalipun, jika tidak mempunyai sijil pengamal perubatan, jadi adakah mereka perlu menjadi pemandu teksi atau konduktor bas?,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada ketika ini nisbah doktor di Malaysia ialah 1:600 pesakit, berbanding sasaran 1:400 menjelang 2020.

Bagaimanapun, langkah memberikan kelonggaran syarat lulus BM itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang khuatir bahasa kebangsaan dipandang remeh selain akan timbul masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan pesakit kelak.

Mengenai kebimbangan bahawa kelonggaran akan membelakangkan kepentingan BM sebagai bahasa kebangsaan, Dr Ravindran berpendapat itu bukan isu besar kerana graduan berkenaan tetap perlu memenuhi syarat lulus BM di peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan di kementerian kesihatan.

Mengenai anggapan masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan pesakit, beliau berkata masalah itu tidak timbul kerana graduan perubatan berkenaan merupakan warga Malaysia dan diyakini mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan.

Mengapa Dr Ravinrdan begitu beriya-iya sangat sedangkan isu ini membabitkan nyawa seseorang, apa lagi orang kampung yang terpaksa berhadapan dengan doktor yang diragui kebolehan dalam memamami bahasa dan boleh berinteraksi dengan pesakit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s