Mat Dan fasih BM, kenapa ahli politik ‘gagap’, kata Ahli Parlimen PAS

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menzahirkan rasa sedih dengan keadaan sebahagian ahli politik yang ‘gagap’ berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris.

Jelas Mohd Khairuddin lagi, perkara itu boleh diperhatikan dalam perbahasan di Parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

“Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris?

“Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sebagai perbandingan Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, namun ia tidak boleh dilakukan oleh sebahagian ahli politik.

“Malah “Mat Dang Pulau Redang”, orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik,” jelasnya.

Justeru, katanya integrasi antara kaum perlu diperkasakan lagi di negara ini.

Ulasnya lagi, integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan India bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan Cina, India atau berketurunan Melayu.

“Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa,” katanya.-Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s