Doktor Lantikan Kontrak Baharu Wajib Lulus BM SPM

PUTRAJAYA: Semua lantikan kontrak baharu bagi Pegawai Perubatan Gred UD41 tanpa mempunyai kelulusan Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menduduki kertas BM secara tunggal bermula November ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peperiksaan itu akan dikendalikan Kementerian Pendidikan pada setiap Jun dan November.

Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan beliau, hari ini.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, Kabinet juga memutuskan supaya Akta Perubatan 1971 dipinda bagi mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat ‘housemanship’ dan memasukkan syarat kelulusan BM.

“Kita menyerahkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan untuk berbincang dengan Peguam Negara, sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Berita Harian di sini, semalam.

Sebelum ini, isu kelonggaran syarat kelayakan BM di peringkat SPM untuk pengambilan pegawai perubatan Gred UD41 secara kontrak hangat diperdebatkan, selepas Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Ahmad Zahid berkata, Kabinet menarik balik kelonggaran syarat itu dan mengekalkan syarat lulus BM dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

“Tiada sebarang kelonggaran berkaitan BM diizinkan untuk sebarang jawatan. Jemaah Menteri komited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Subramaniam berkata, lantikan kontrak untuk Pegawai Perubatan diperkenalkan sejak Disember 2016 berikutan kebanjiran graduan perubatan.

Beliau berkata, sejak Dis 2016 sehingga sekarang, seramai 4,500 pegawai perubatan telah dilantik dan daripada jumlah itu, hanya 23 pegawai perubatan latihan siswazah bersama kementerian tidak mempunyai kelulusan dalam Bahasa Melayu atas pelbagai faktor.

“Semasa lantikan ini, kita menghadapi situasi di mana sekumpulan kecil yang tidak dapat mengikuti sistem pendidikan seperti di negara ini kerana mengikut ibu bapa bekerja di luar negara. Sistem pendidikan mereka berbeza dengan negara ini dan tidak mengambil subjek BM.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s