Dr M, Kit Siang, Anwar Dah Terlalu Tua, Perlu Bersara

HARI INI, 10 Julai, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahirnya yang ke-92.

Berbanding dengan datyuk atau nenek kita di kampung, seorang yang berusia sebegini sudah hampir bongkok tubuhnya, terketar-ketar dan ada sedikit sindrom nyayuk.

Sesungguhnya, ini tidak berlaku kepada Dr Mahathir.

Aidilfitri hari itu beliau masih boleh lagi berharui raya di rumah anaknya Marina di London.


Kepada anak Nik Aziz, Nik Abduh mahukan Dr Mahathir berada di masjid untuk mengingat dosa-dosa lalu dan mendekatkan diri kepada Allah, sebelum dijemput Pencipta Manusia.

Di kalangan pemimpin UMNO pula mahukan Dr Mahathir tidak terbabit dalam politik bagi mengekalkan auranya sebagai negarawan, bukan lagi bermain politik picisan yang telah dia tinggalkan.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh perpecahan orang Melayu dalam politik kerana ‘berjaya’ mewujudkan pelbagai parti serpihan bagi menentang UMNO sejak dahulu lagi.

Katanya, setiap kali adanya perpecahan orang Melayu, watak kedua-dua mereka pasti ada dan sudah tiba masanya untuk mereka berundur daripada politik.

“Kedua-dua mereka juga merupakan bekas Presiden dan Timbalan Presiden UMNO satu ketika dahulu. Timbalan itu juga yang pernah dipecat dan dipenjarakan sendiri oleh Presiden hingga berlakunya perpecahan orang Melayu sehingga hari ini. Kini mereka sudah ‘berbaik’ atas dasar menyelamatkan diri kerana takut dengan kebenaran yang akan terbongkar terutamanya isu skandal kerugian Bank Negara ketika kedua-duanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewa­ngan,” katanya.

PUTRAJAYA 14 JULY 2016. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama parti-parti pembangkang bagi membincangkan penubuhan parti baharu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Khairy berkata, ‘ketokohan’ Dr. Mahathir dan Anwar juga boleh dikaitkan dengan watak Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga antara yang bertanggungjawab dalam perpecahan kaum melibatkan orang Melayu dan Cina.

Menurutnya, watak kesemua mereka perlu segera dihentikan kerana ia mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat.

“Wajib bagi semua ahli UMNO untuk menolak kesemua mereka dan mengajar mereka dengan kekuatan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dengan memenangi pilihan raya akan datang,” katanya seperti dilaporkan oleh Utusan.

UMNO telah cuba untuk meremajakan dengan memilih calon baru yang masih muda pada zaman Pak Lah pada pilihan raya 2008, tetapi gagal.

Kini, giliran Najib pula meremajakan UMNO dengan caranya pula.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: