Ternyata Penganut Amanah, Mengapa UIA Masih Kekalkan Dr MaszLee Sebagai Pensyarah?

RAMAI bertanyakan mengapa universiti kerajaan iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masih mengekalkan aktivis parti Amanah, Dr Maszlee Malik  sebagai pensyarah, sedangkan ini dikhuatiri akan merosakkan minda mahasiswa.

Beliau selalu muncul dalam pelbagai medium yang acap kali dijoloki sebagai ‘penganalisis politik’ sedangkan sebagai seorang yang sudah memasuki bakul sesuatu parti, seseorang itu sudah tidak rasional dan seringkali bias dalam analisisnya.

Banyak lepasan universiti UIAM yang kini banyak menyertai pegawai kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dikatakan cenderung kepada pembangkang, merupakan bekas pelajar Dr Maszlee.

Betulkan beliau seorang aktivis parti Amanah?

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia, Dr Kamarul Yusoff mendedahkan 12 bukti betapa Dr Maszlee seorang aktivis Amanah, bukan penganalisis politik.

Dalam posting terbaru dalam facebooknya, beliau bertanyakan 12 soalan kepada Dr Maszlee yang juga dikaitkan dengan aktivis radikal, Ikram.

(1) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Bengkel Perancangan Strategik AMANAH di Hotel Bangi-Putrajaya pada 5 September 2015?

(2) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda diumum memberikan usrah kepada AMANAH Sabah Bahagian Pantai Barat pada 9 September 2015?

(3) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai pelancaran AMANAH peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 September 2015?

(4) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “Special media statement of Parti Amanah Negara in conjunction of International Day of Persons with Disabilities 2015” dengan mengomen “congrats AMANAH!!!” dan “an OKU friendly party you guys are!” di dalam Facebook anda pada 2 Disember 2015?

(5) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda memberi pengisian kepada Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan di Wisma Harapan Baru AMANAH Batu pada 8 Januari 2016?

(6) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai Nadwah Ulamak lil Nahdah Jadidah (NUNJI) peringkat Wilayah Utara anjuran AMANAH di Perpustakaan Awam Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 25 Mac 2016?

(7) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting AMANAH bertajuk “OKU antara calon AMANAH bagi PRN Sarawak” dengan mengomen “tahniah AMANAH kerana melaksanakan dasar kesataraan untuk semua dengan pencalonan OKU di dalam PRN Sarawak” dan “saya harap pengundi Sarawak boleh memberikan peluang kepada OKU mewarnai suasana DUN Sarawak sekaligus mewarna ceriakan politik negeri tersebut!” di dalam Facebook anda pada 26 April 2016?

(8) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan rayuan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pengundi mengundi calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi memastikan BN tumbang di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(9) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi video AMANAH yang memuatkan profail calon AMANAH di dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli, di dalam Facebook anda pada 12 Jun 2016?

(10) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda mengongsi posting terbitan AMANAH bertajuk “4 tips untuk tarawih yang mesra alam” dengan mengomen “respek kepada AMANAH dengan tips mesra alam ini” dan “ini barulah world-class mentality” di dalam Facebook anda pada 13 Jun 2016?

(11) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai AMANAH, yang didakwa pilihan politik terbaik mereka, pada 27 Jun 2016?

(12) Tidakkah anda memperlihatkan bahawa anda adalah barua AMANAH bila anda menyertai NUNJI peringkat Wilayah Persekutuan anjuran AMANAH di Crystal Ballroom, Mines 2, Seri Kembangan, Selangor, pada 13 Mei 2017?

Justeru, UIAM perlu mengambil tindakan tertentu untuk membersihkan UIAM yang sejak dulu dikaitkan dengan lubuk pembangkang.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s