Dr Kamarul Akan Saman Balas Pemimpin Amanah

SAMAN KE ATAS DR MUJAHID, KHALID SAMAD DAN HANIPA MAIDIN</strong

Saya difahamkan bahawa Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, telah memfailkan satu saman fitnah terhadap diri saya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari ini.

Seperti dimaklumkan di dalam notis tuntutan beliau yang saya terima pada 5 Jun lalu, saman fitnah ini adalah diasaskan kepada artikel Facebook saya bertajuk “Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan Terbaik DAP” yang disiarkan pada 25 Mei lalu.

Artikel Facebook saya ini pula adalah komentar saya terhadap kenyataan Dr Mujahid mengenai buku tulisan Hannah Yeoh yang disiarkan oleh portal berita Malaysiakini pada 24 Mei 2017 di bawah tajuk “Iman Tak Goyah Pun Baca Buku Yeoh”

Kenyataan-kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang terkandung di dalam artikel Facebook saya ini adalah:
(1) “Saya waktu itu cukup terkejut bagaimana peruntukan-peruntukan yang mengiktiraf ketidakpercayaan agama serta mengiktiraf orientasi dan identiti seks songsang ini boleh wujud di dalam Rang Undang-Undang yang dirangka oleh jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr Mujahid, yang waktu itu merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.”
(2) “Bagaimanapun, setelah ini berlaku, tambahan pula setelah Dr Mujahid sendiri bertindak keluar dari PAS bersama-sama rakan-rakan sefikrah beliau untuk menubuhkan parti baru bernama AMANAH yang menunjukkan keintiman luar biasa pula dengan parti sekular tegar, DAP, maka tidaklah pelik bila beliau memerli saya mengenai buku Hannah ini.”
(3) “Bila cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh Karpal Singh ini diutarakan semula oleh Dr Mujahid maka terbuktilah bahawa Dr Mujahid, dan seterusnya AMANAH, adalah antara kuda tunggangan terbaik DAP.”

Kenyataan-kenyataan saya ini didakwa mengakibatkan reputasi, karier dan nama baik Dr Mujahid telah tercemar, terjejas dan tercedera di mata rakyat negara ini sama ada di dalam dan/atau luar negara yang mendapat akses secara langsung dan tidak langsung kepada artikel tersebut.

Saya tegas berpendirian bahawa apa yang saya nyatakan di dalam artikel Facebook saya ini adalah tidak mengandungi sebarang fitnah.

Kritikan saya terhadap kandungan Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi yang dirangka oleh Jawatankuasa Undang-Undang dan Dasar, Majlis Konsultasi Perpaduan Negara, yang Dr Mujahid pengerusikan adalah kritikan sama yang telah saya buat di dalam artikel Facebook saya pada 21 Jun 2014.

Kritikan ini saya asaskan kepada Seksyen 4(1) Rang Undang-Undang ini yang mendefinisikan “kepercayaan” sebagai apa-apa kepercayaan agama atau falsafah dan satu rujukan kepada kepercayaan merangkumi satu rujukan kepada ketidakpercayaan dan yang mendefinisikan “agama” sebagai apa-apa agama dan merangkumi apa-apa kepercayaan atau ketidakpercayaan agama.

Ia juga saya asaskan kepada Seksyen 6(1) Rang Undang-Undang ini yang memperuntukkan bahawa Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas agama dan Seksyen 7(1)(ii) yang memperuntukkan bahawa Kerajaan dan semua orang tidak boleh mendiskriminasi secara tidak adil terhadap mana-mana orang atas asas jantina, termasuk orientasi dan identiti seks.

Saya telah memberi ruang dan menjemput Dr Mujahid mengulas kritikan ini sejak 21 Jun 2014 lagi dengan men”tag” akaun Facebook beliau sebanyak dua kali tetapi beliau sendiri tidak pernah mempertikaikannya mahupun memberi sebarang maklum balas lain.

Kenyataan saya bahawa Dr Mujahid adalah antara kuda tunggangan terbaik DAP pula adalah diasaskan kepada tindakan beliau mengutarakan semula, pada 23 Mei lalu, cadangan mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama yang pernah diutarakan oleh bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, pada 5 November 2013 dahulu.

Sehingga kini Dr Mujahid tidak pernah menafikan ketepatan mahupun memberikan sebarang penjelasan terhadap laporan portal berita The Malaysian Insight pada 24 Mei lalu yang memuatkan cadangan beliau untuk mengharamkan parti politik yang berasaskan kaum dan agama ini di bawah tajuk berbunyi “Hapuskan Parti Politik Berasaskan Kaum Dan Agama”.

Bahawa cadangan Dr Mujahid ini adalah menyamai cadangan Karpal Singh juga turut diakui oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, di dalam kenyataan media beliau bertajuk “Fully Agree With AMANAH Vice-President Dr Mujahid Yusof Rawa’s Proposal That The Time Has Come For Malaysia To Do Away With Race- And Religion-Based Politics” pada 25 Mei lalu yang juga tidak pernah dinafikan oleh Dr Mujahid.

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa tindakan Dr Mujahid memfailkan saman fitnah terhadap diri saya ini menggambarkan bahawa AMANAH adalah sebuah parti “jumud” yang tiada kemampuan untuk berdialog seperti yang sering diwarwarkan dan bukannya sebuah parti “progresif” seperti yang terpamer di dalam cogan katanya.

Ia juga menggambarkan bahawa ayat-ayat muluk yang terdapat di dalam Perlembagaan AMANAH mengenai “negara dan masyarakat madani”, “pendekatan berhikmah, kesederhanaan (wasatiyyah), keterbukaan dan demokrasi” dan “kebebasan-kebebasan asasi” hanyalah sekadar hiasan untuk mengelabukan mata semata-mata.

Saya juga ingin sekali lagi menegaskan bahawa istilah “kuda tunggangan” yang saya gunakan adalah jauh lebih lembut berbanding istilah-istilah yang jauh lebih teruk yang lebih dahulu digunakan oleh para pemimpin dan penyokong AMANAH untuk mengecam saya ekoran tindakan saya membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh.

Ia juga adalah jauh lebih lembut berbanding istilah-istilah yang digunakan oleh Dr Mujahid untuk mengecam saya, termasuk dengan menyifatkan saya sebagai “gila”, “jahil”, “bodoh” (‘cerdik’) dan “penulis upahan”, di dalam satu tulisan beliau.

Sehubungan ini, sukalah juga saya memaklumkan bahawa saya juga akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mujahid; Pengarah Komunikasi AMANAH merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; dan Pengarah Biro Undang-Undang AMANAH merangkap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

FB Dr Kamarul Yusuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s