Restoren di Sibu Dah 30 tahun Saji Daging Anjing

Sibu: Sebuah gerai makanan yang menghidangkan menu istimewa, daging anjing kepada pelanggannya sejak 30 tahun lalu hanya diketahui pihak berkuasa selepas membuat serbuan, petang kelmarin.

Gerai makanan di Lorong Rambutan, di sini, diserbu Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sibu dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Susulan serbuan jam 2.35 petang, pengusaha gerai makanan, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 kanun keseksaan.

Pegawai Veterinar Sibu, Dr Wong Kiong Keng berkata, serbuan dilakukan sebagai langkah pencegahan penularan wabak rabies di negeri ini selepas menerima aduan awam.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan dari hidangan anjing yang dijual di gerai itu.-Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s