Kuda Tua Barisi Kepemimpinan Pakatan Harapan

BARISAN Kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) yang dimuktamatkan semalam memperlihatkan politik Malaysia khususnya di kalangan pemimpin pembangkang sudah sangat berusia yang tidak mampu memberi harapan kepada generasi muda di negara ini.

“Mereka ini lebih banyak bernostalgia mengingati hari muda mereka yang sudah berlalu dalam kotak fikiran tua mereka,” kata seorang penganalisis politik dari Ubniversiti Kebangsaan Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara rasmi dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu sudah berusia 92 tahun, dan beliau beberapa lalu menyambut ulang tahun kelahirannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan atas kesalahan liwat untuk kali ke-dua di Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, sudah berusia 70 tahun manakala isterinya Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai Presiden sudah berusia 65 tahun.

Timbalan Presiden, Lim Kit Siang pula sudah berusia 76 tahun dan rakan Timbalan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pula hanya enam tahun lebih muda daripada Lim Kit Siang.

Lalu, apa yang boleh diharapkan dengan pemimpin tua yang merupakan kuda tua yang hanya menunggu masa untuk….

Malaysiakini melaporkan struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala isterinya, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Dr Mahathir yang membaca senarai jawatankuasa itu turut megumumkan tiga nama timbalan presiden.

“Mereka adalah Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

“Jawatan naib presiden disandang oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Beliau diapit oleh pemimpin parti PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH yang masing-masing memegang logo baru Pakatan Harapan.

Senarai yang diumumkan adalah seperti berikut:

Ketua Umum:
Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad

Presiden:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan-Timbalan Presiden:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Lim Guan Eng
Mohamad Sabu

Naib- Naib Presiden:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Datuk Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Salahuddin Ayub

Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah

Bendahari:
M Kula Segaran

Mahathir yang membaca kenyataan media Pakatan Harapan berkata, sejurus mendapat mandat rakyat pada PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

  • Menghapuskan GST;
  • Menstabilkan harga petrol;
  • Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
  • Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
  • Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
  • Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB; dan
  • Memulihkan Felda.

Pakatan Harapan juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s