Elaun Guru Pelatih Dihentikan Jun Depan

BEBERAPA hari lalu pengajar dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kota Bharu merungut dengan keadaan tak menentu nasib mereka yang dikatakan akan ditutup, dan institusi itu digabungkan dengan Kolej Vokasional.

IPG Kota Bharu yang ditubuhkan sebelum merdeka itu menerima nasib ‘penjimatan’ kerajaan mengurangkan kos.

Tiada pilihan kepada mereka melainkan akur sedangkan beberapa IPG lain seperti di Sarawak ditekan kerajaan negeri agar dikekalkan sehingga kementerian terpaksa akur.

Media semalam pula melaporkan Kerajaan akan menghentikan elaun sara hidup dan perjalanan kepada guru pelatih mulai Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.

Bakal guru sebelum ini diberikan seakan gaji walaupun sedang menuntut.

Elaun untuk.pelajar matrikulasi dan asasi sains juga sudah dimansuhkan mulai tahun ini kecuali bagi keluarga yang miskin.

Memetik laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, beliau bagaimanapun berkata, pembiayaan bagi mereka yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan diteruskan.

“Keseluruhan kos bagi empat tahun pengajian PISMP ialah RM27,831. Ini masih akan ditanggung oleh kerajaan,” katanya seperti disiarkan portal isma.

Menurut akhbar itu, guru pelatih disaran memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung keperluan hidup mereka.

Katanya, mereka yang sedang mengikuti PISMP akan terus menerima RM430 sebulan untuk elaun sara hidup dan elaun perjalanan tidak lebih RM500 setahun sehingga mereka tamat pengajian.

Chong berkata, elaun dan yuran kursus di Institut Pendidikan Guru setahun bagi program pra-PISMP sebanyak RM8,163 juga akan dibayar oleh kerajaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s