Tersebut Nikmat Syurga Ada ‘Pesta Seks’, Ustaz Sham Mohon Maaf

Ustaz ‘pop’ selalunya bercakap lepas, asalkan menghiburkan orang ramai.

Itulah yang berlaku kepada Ustaz Sham.

Ketika menjadi tetamu sebuah stesen televisyen, pemuda terbabit yang dikenali sebagai Ustaz Syam mengejutkan orang ramai apabila mendakwa, antara nikmat yang akan ada di syurga nanti ialah “pesta seks”.

Menyedari ia mengejutkan Syamsuddin Nur Makkah, 25 tahun, – iaitu nama lengkapnya – menjelaskan mengapa dia berkata begitu.

“Minta maaf, kerana inilah yang kita tahan-tahan selama di dunia.

“Inilah yang kita tahan-tahan di dunia dan kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT di syurga adalah pesta seks,” katanya melalui program Islam Itu Indah yang ditayangkan pada 15 Julai lalu.

Petikan video itu segera menjadi tular di media sosial. Malah beberapa pihak membuat aduan kepada polis Indonesia.

Sebahagian besar penganut Islam di negara itu berpendapat kenyataan berkenaan berlebih-lebihan dan tidak wajar diungkapkan terutama oleh seseorang yang bergelar ustaz.

Sebagai reaksi segeranya, Ustaz Syam hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Saya Syamsuddin Nur Makkah mengucapkan permohonan maaf yang sebesar-besarnya atas kesalahan dan kekhilafan yang saya lakukan pada tayangan Islam Itu Indah Sabtu 15 Julai 2017, (apabila) saya mengungkapkan kata-kata yang mungkin menyakiti hati para penonton, menyakiti hati para jemaah dan juga memang tidak pantas untuk saya katakan.

“(Kesilapan itu semua berpunca daripada kelemahan saya, daripada daripada kedangkalan ilmu saya. Saya masih belajar,” katanya.

Jangan kecam lagi

Ustaz Syam itu memang digemari ramai kerana cara penyampaiannya menggunakan bahasa mudah difahami.

Media tempatan melaporkan, pernah menuntut di Makassan, dia adalah imam di Masjid Kubah Emas Dian al-Mahri, Depok di Jawa Barat.

Selain muncul selayaknya seorang ustaz, dia juga sering tampil dengan gaya kontemporari. Sebelum ini dia digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Ria Ricis iaitu adik kepada pelakon filemĀ Ketika Cinta Bertasbih, Oki Setiana Dewi.

Sementara itu Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) berkata, mereka akan menyiasat insiden itu dan akan mengambil langkah sewajarnya.

“Aduan orang ramai akan dibawa ke mesyuarat dalaman KPI pada Rabu,” kata agensi itu melalui Twitter.

Beberapa pengguna media sosial pula meminta orang ramai tidak lagi menyerang atau mengecam pemuda itu selepas dia meminta maaf. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s