Di Terengganu: Cerai Dalam Tempoh 24 Jam


KUALA TERENGGANU: Bercerai dalam tempoh 24 jam adalah tempoh perkahwinan paling singkat direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST).

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun dikesan paling ramai bercerai dengan kebanyakannya pasangan berkahwin kurang lima tahun.

Beliau berkata, fasa perkahwinan belum matang dalam tempoh lima tahun, menyebabkan ramai pasangan memilih perpisahan sebagai penyelesaian masalah yang sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaksefahaman dan kewangan.

“Pasangan berusia antara 26 hingga 30 tahun itu paling ramai bercerai dengan kadar 19.3 peratus, diikuti pasangan 31 hingga 35 tahun (18.6 peratus) dan 17.2 peratus bagi pasangan berusia antara 21 hingga 25 tahun.

“Daripada segi jantina pula, 67 peratus yang memohon perceraian di mahkamah adalah wanita, manakala 33 peratus difailkan lelaki,” katanya.

Wan Mohd Zakri mengakui, ada beberapa kes perceraian yang direkodkan berpunca kerana masalah suami gila seks, selain ketidaksefahaman antara pasangan kerana bekerja syif.

“Memang tidak dinafikan kes ini berlaku tetapi kebanyakannya tidak direkodkan dalam afidavit sokongan, sebaliknya berbangkit ketika soal balas prosiding di hadapan hakim.

“Lebih menyedihkan, ada wanita yang memfailkan perceraian kerana tidak tahan sikap suami yang gila seks sehingga ke tahap mencederakan anggota sulit dan fizikalnya semata-mata mahu membangkitkan syahwat,” katanya.

Rekod juga menunjukkan, walaupun pasangan warga emas lazimnya dikaitkan mempunyai persefahaman tinggi kerana tempoh perkongsian hidup yang lama, perceraian dalam kalangan mereka masih berlaku apabila 5.1 peratus pasangan yang bercerai berusia di antara 61 hingga 86 tahun.

Katanya, Terengganu menduduki tangga kelima berbanding 13 negeri lain yang merekodkan kadar perceraian paling tinggi sejak 2015.

“Secara purata, Terengganu merekodkan antara 10,000 hingga 11,000 kadar perkahwinan setiap tahun. Perceraian pula membabitkan lebih 3,000 pasangan setiap tahun,” katanya. – BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s