Menyimpan Mulai RM1,000: Guru Menang Wang Tunai RM1 Juta

Guru menang wang tunai RM1 juta

Anizah (dua, kanan) diiringi keluarga hadir ke majlis serahan mock cek cabutan istimewa SSP BSN bagi bulan Jun lalu.

KUANTAN – Cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kali keenam Jun lalu, menyaksikan seorang guru bergelar jutawan segera apabila menjadi pemenang hadiah istimewa dengan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta.

Bermula dengan menabung sebanyak RM1,000 kira-kira 20 tahun lalu ia membuahkan hasil lumayan sekali gus merubah kehidupan guru  berkenaan.

Anizah Abdul Hamid, 47, dari Pekan, berkata, kemenangan besar itu diketahuinya apabila kakitangan BSN menghubunginya melalui telefon.

“Memang tak pernah duga dapat rezeki sebesar ini. Pada mulanya seakan tak percaya malah pada malam tersebut saya langsung tak boleh tidur memikirkan hal ini.

“Selepas buat semakan di laman web BSN dan dikunjungi pegawai BSN ke rumah ia satu kenyataan yang betul.

“Syukur Alhamdulillah, wang kemenangan ini dapatlah bantu suami, Zamri Omar, 53, yang masih bercuti panjang kerana mengalami masalah kesihatan, selain teruskan simpanan untuk masa depan keluarga terutama anak-anak,” katanya kepada media, di sini.

Dalam pada itu, Anizah berkata SSP merupakan satu produk yang baik kerana wang simpanan kekal di dalam bank dengan selamat.

“Bermula dengan hanya RM1,000 saya menabung sikit demi sedikit dan sekitar tahun 2015 baru layak untuk cabutan SSP.

“Sebenarnya saya selalu berharap menang hadiah kereta tak lebih daripada itu dan menabung atas tujuan simpanan peribadi sahaja,” katanya.

Anizah turut menasihati orang ramai yang masih belum melakukan penyimpanan SSP BSN segera bertindak memandangkan banyak faedah bakal diperoleh.

“Dengan hanya RM10 sahaja, tetap berpeluang menang hadiah. Lagi banyak menyimpan lagi banyak peluang untuk menang.

“Yang penting, jangan buang tabiat menabung demi simpanan masa depan,” katanya.-Sinar 21 Julai 2017

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: