Pokok Kurma Subur Di Kedah, Mampu Jana Pendapatan

PENDANG – Dari niat suka-suka tanam pokok kurma, seorang penduduk di Kampung Kuala Rimau tak sangka hasilnya mampu menjana pendapatan keluarga.

Rosli Omar, 45, berkata,  pada mulanya dia hanya membeli dua jenis kurma  untuk makan bersama keluarga.

“Tapi bila saya makan kurma ini dan rasanya sedap, saya terfikir kenapa tidak ditanam sahaja.

“Hanya mengambil tempoh masa tiga tahun, pokok kurma yang saya tanam kini telah lebat mengeluarkan buah dan menarik minat orang ramai,” katanya.

Rosli berkata, pada mula penanaman pokok kurma, hanya empat dan lima pokok sahaja yang hidup.

“Tetapi selepas saya nampak pokok kurma mula membesar, saya tanam lagi 1,000 pokok dan alhamdulillah ada di antara pokok kurma sudah boleh dipetik hasilnya.

“Malah ada orang yang datang hendak membeli benih anak pokok kurma ini. Mereka  menyukai buah ini selepas kali pertama merasainya kerana buahnya berwarna kuning dan sangat sedap,” katanya yang mendapat ilmu menanam pokok  melalui rakannya.

Katanya, dia memang tiada niat nak jual tetapi terpaksa menjualnya atas permintaan rakan-rakan dan orang ramai.

“Anak benih saya jual dengan harga yang berbeza mengikut tempoh usianya.

“Jika usia anak benih setahun akan dijual dengan harga RM400 dan RM1,500 untuk yang berusia dua tahun,” katanya dan mengakui seronok serta tenang melihat pokok kurma yang ditanam di hadapan rumahnya.

Menurutnya lagi, proses penjagaan yang tidak rumit juga mampu membuatkan sesiapa sahaja yang minat menanamnya  kerana cuaca negara ini sememangnya sesuai untuk pokok kurma.

Rosli berkata, sehari dia akan memperuntukkan masa dua jam pada waktu pagi dan petang untuk melihat perkembangan pokok kurmanya.

Katanya, satu mayang pokok kurmanya mampu mengeluarkan sebanyak 20 kilogram buah dan setiap pokok akan mempunyai lebih kurang empat mayang yang berbuah. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s