“Anak Saya Tahun 4 Bawa 22 Buku Dalam Beg, Setiap Hari”

SAYA tidak tahu anak orang lain, anak saya tahun empat di sekolah kebangsaan membawa sekurang-kurangnya kira-kira 10 buku teks dan buku kerja hampir setiap hari.

Buku tulis pula 11 buah menjadikan bilangannya 21 buah, dan dari segi jadual hariannya lima subjek sekurang-kurang setiap hari.

Lima mata pelajaran itu memerlukan lima buku teks setengah inci tebal, ditambah setiap mata pelajaran akan ada buku latihan, menjadikan jumlahnya 10 buah.

Dari segi ketahanan beg yang berharga sekitar RM60, ianya bolrh bertahan paling lama lima bulan.

Dari segi kesan berat kepada tulang belakang, mungkin kesannya bukan hari ini.

Dari segi mata pelajaran, ada sekitar 10 mata pelajaran yang agak berat semuanya, menyebabkan ramai anak-anak bangsa semakin membenci persekolahan.

Senario sebegini tidak berlaku di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana di peringkat persekolahan rendah mereka mengutamakan keseronokan belajar.

Bukan terlalu akademik.

Diperbanyakkan ‘game’, menyanyi dan cara meluahkan isi fikiran, selain menerap disiplin untuk kehidupan seperti cara menjaga kebersihan.

Tidak terlalu banyak ‘lecture’.

Hari ini sekali lagi isu ini dikemundangkan denva. Fokus krpada beg berat – asas kepada beg berat sebenarnya mata pelajaran.

Cara Kementerian Pendidikan mahu mengatasi?

Bernama melaporkan, pegawai dari Kementerian Pendidikan akan melawat beberapa sekolah rendah di negara ini untuk mengkaji jumlah buku yang dibawa murid setiap hari ke sekolah.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata langkah itu dilakukan bagi memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebankan mereka setiap hari.

Beliau berkata demikian mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai bebanan buku tambahan yang terpaksa dibawa pelajar sekolah rendah di negara ini.

Dua tahun lalu, artikel di Utusan sangat menarik untuk dibaca dari segi kesan beg berat kepada kesihatan. Berikut dikemukakan artikel berkenaan.

MASALAH kanak-kanak membawa beg berat ke sekolah setiap hari bukanlah satu perkara baharu kerana merupakan satu masalah lama yang dilihat tiada jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini.

Disebabkan permasalahan tersebut, kanak-kanak terbabit sebenarnya berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu, dan tidak ketinggalan tulang belakang.

Menurut Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Nurul Azwa Mohamad Noor, masalah ini sebenarnya tidak hanya tertumpu pada tubuh badan kanak-kanak tersebut malah turut mengganggu tumbesaran kanak-kanak terbabit.

Dalam hal ini, katanya, setiap kanak-kanak tersebut akan sakit berterusan dan tidak mustahil mereka akan mengalaminya sepanjang hayat mereka.

“Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan mereka berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

“Begitu juga dengan tumbesaran kanak-kanak ini kerana waktu inilah tulang mereka hendak membesar dan oleh kerana masalah beg berat yang mereka terpaksa tanggung selama lima hari dalam seminggu boleh menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

“Hal ini terjadi kerana apabila kanak-kanak terbabit membawa bebanan yang berat, mereka secara automatik akan membawa bebanan tersebut secara tunduk dan ke tepi dan hal ini sememangnya mempengaruhi tumbesaran tulang kanak-kanak ini,” ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai masalah tersebut, Dr. Azwa menjelaskan, kanak-kanak sepatutnya membawa bebanan 1/10 daripada berat badan dan tidak lebih daripada itu.

Tambah beliau lagi, disebabkan masalah tersebut ada penambahan angka bagi pesakit tulang belakang dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah hari ini.

Begitupun, ulasnya, sakit leher dan juga bahu tidak terkecuali kerana pada masa yang sama berpotensi tinggi untuk memberi kesan yang sama.

Jika dilihat semula satu kajian yang pernah dilakukan sekitar tahun 2007 yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005, mendedahkan masalah beban beg sekolah dan kesannya ke atas otot erector spinae dan sakit tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia dengan jelas sekali.

Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakan dari Universiti Putra Malaysia turut mendapati 58.3 peratus kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Tidak cukup dengan maklumat tersebut, Dr. Azwa menerangkan ada kajian yang dilakukan turut mendapati masalah tersebut juga akan menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok.

Secara amnya, rumusan yang dapat dibuat ialah terdapat insiden sakit belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan ini memerlukan penilaian semula sama ada kanak-kanak sekolah perlu membawa sebarang bebanan seperti beg sekolah yang berat memandangkan mereka berdepan risiko sakit belakang pada masa depan.

Pada umumnya, beban yang berlebihan dan tidak sama dikaitkan dengan meningkatnya risiko masalah belakang dan kecacatan tulang belakang.

“Dalam hal ini kita tidak seharusnya menuding jari pada satu pihak sahaja kerana semua pihak memainkan peranan penting termasuklah ibu bapa.

“Ibu bapa disaran agar meneliti jadual waktu anak-anak dan memastikan anak-anak membawa buku yang dijadualkan sahaja.

“Yang pasti, semua pihak harus bertanggungjawab dalam usaha menjaga kesihatan anak masing-masing,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s