JAIS Bantu Percepat Daftar Nikah, Bagi Pasangan Berkhawin di Siam, Indon

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim, berkata program berkenaan khusus bagi pendaftaran perkahwinan tidak disahkan mengikut peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Gambar hiasan

Katanya, pendaftaran mengikut program berkenaan terbuka untuk pasangan yang bernikah sebelum 1 Januari 2017.

“Pendaftaran nikah penting kerana ia akan memastikan nasab keturunan terjaga selain tidak menimbulkan masalah pada masa depan.

“Menerusi program ini, proses pendaftaran nikah dapat diselesaikan dalam tempoh 120 hari bekerja.

“JAIS merekodkan 1,708 kes kesalahan matrimoni pada 2015, malah jumlahnya meningkat kepada 1,938 kes tahun lalu dan 796 kes sehingga bulan lalu, membabitkan pelbagai kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kesan pernikahan tidak didaftar adalah masalah pendaftaran anak yang mana status anak dianggap tidak sah taraf berikutan ibu bapa tiada dokumen perkahwinan disahkan mahkamah.

“Jika berlaku perceraian atau kematian, proses tuntutan harta pusaka, pengurusan nikah anak dan pendaftaran sekolah akan mengalami kesulitan berikutan tiada dokumen sah perkahwinan,” katanya.

Haris berkata, program Jom Daftar Nikah akan bermula 1 Ogos ini sehingga 1 November depan manakala pasangan yang menyertai perlu melalui proses ditetapkan JAIS.

“Jika mahkamah memerintahkan pernikahan pasangan tidak sah, mereka akan dibantu untuk bernikah semula secara sah,” katanya.

Beliau berkata, pasangan yang tidak mendaftar pernikahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. BH

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s