Cara Dapatkan Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya ada sejumlah wang milik kita di dalam bank, firma insuran atau syarikat yang tidak dituntut sejak bertahun-tahun lamanya. Wang yang tidak pernah diambil ini akan disimpan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah simpanan Wang Tak Dituntut. Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dibuat di Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara. Cara membuat semakan adalah cukup mudah, hanya perlu serahkan MyKad di kaunter di mana-mana Pejabat Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia. Untuk info, tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan.

Cara dapatkan Wang Tidak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.

2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Senarai semak dokumen diperlukan untuk isi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD:

5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Sumber: melvister/Terengganu Times

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s