Anak Zina Boleh Bin Nama Bapa

MAHKAMAH RAYUAN membuat keputusan kontroversi yang akan menjadi rujukan pada masa depan apabila memutuskan anak luar nikah sama ada muslim atau bukan muslin dibolehkan berbinkan bapa, sedangkan Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan bagi pasangan muslim.

Pelbagai pandangan dikemukakan. Ada bersetuju menyambut baik sebagai langkah berperi kemanusiaan. Ada juga yang menyatakan negara ini mengikuti Fatwa MKebangsaan yang tidak membenarkan.

Utusan semalam melaporkan Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak

perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). – UTUSAN ONLINE

Malaysiakini pula melaporkan Kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara hari ini memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan penting Mahkamah Rayuan bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili kanak-kanak dan ibu bapanya, berkata kerajaan telah memfailkan permohonan untuk kebenaran bagi merayu.

Adalah dilaporkan bahawa anak berusia tujuh tahun dan ibu bapanya, yang beragama Islam menamakan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan sebagai responden dalam kes itu selepas mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman selepas anak itu terpaksa meletakkan “Abdullah” sebagai nama bapa.

Ibu bapa kanak-kanak itu berkahwin pada 24 Okt 2009, manakala anak lelaki itu dilahirkan pada 17 April 2010. Walau bagaimanapun, mereka mendaftarkan kelahiran anak itu untuk mendapatkan sijil kelahiran dua tahun kemudian.

Walaupun pasangan itu bersetuju untuk meletakkan nama mereka sebagai ibu bapa anak berkenaan, JPN mendaftarkan anak itu sebagai “bin Abdullah”.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, yang menulis keputusan sebulat suara itu, berkata bidang kuasa ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sivil dan terbatas untuk menentukan sama ada si bapa telah memenuhi syarat-syarat Seksyen 13A (2) Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA).

Ini merangkumi semua kanak-kanak yang dikandung di luar nikah, sama ada Muslim atau bukan Muslim.

Keputusan Mahkamah Rayuan bahawa anak luar nikah boleh didaftarkan dengan berbinkan bapanya adalah selari dengan Islam, kata Sisters of Islam (SIS).

Bukan itu sahaja, NGO hak asasi wanita itu juga berkata ia juga sebenarnya selari dengan semangat keadilan Islam dan prinsip maqasid syariah.

“Al-Quran dalam surah al-Ahzab 33:5 menyebut ‘Panggillah anak-anak angkat itu dengan nama bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.’

“Walaupun ini difahami merujuk kepada anak angkat, tidak mustahil semangat ayat itu dipanjangkan untuk mengiktiraf bapa kandung kanak-kanak luar nikah,” katanya dalam kenyataan.

Keputusan itu juga, kata IS, untuk kepentingan terbaik kanak-kanak yang selari dengan ajaran Islam dan hak asasi manusia.

Dalam satu keputusan penting, Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa anak luar nikah boleh dibinkan dengan nama bapa, dan fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s