Diploma Kolej Vokasional Diiktiraf Penuh Disember ini

PROGRAM Diploma di Kolej Vokasional akan mendapat pengiktirafan penuh daripada Agensi Kelayakan malaysia (MQA) menjelang Disember ini, Dewan Rakyat hari ini diberitahu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tidak menjadi masalah kepada pelajar lepasan Diploma Kolej Vokasional untuk melanjutkan pengajian lagi selepas memperoleh diploma.

“Program pengajian diploma kolej vokasional bakal memperoleh akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada Disember tahun ini selepas agensi itu selesai membuat verifikasi akreditasi penuh program diploma di 15 kolej vokasional yang menawarkan 16 program.

“Kementerian juga berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan pelajar lepasan diploma kolej vokasional diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini

Banyak ibu bapa mempersoalkan mengapa program diploma yang dibuat oleh Kementerian pendidikan tetapi tidak diiktiraf oleh MQA, sedangkan program ini kerajaan yang buat.

Begitupun, dimaklumi Kolej Vokasional menyediakan latihan mencukupi untuk melayakkan seseorang emmasuki industri dalam bidang diyang diceburi.

Untuk itu, kata Mahadzir, kira-kira 90 peratus daripada 2,273 graduan kohort pertama kesemua 15 kolej vokasional di seluruh negara berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, pencapaian itu membuktikan kebolehpasaran graduan kolej berkenaan melebihi sasaran 70 peratus untuk pasaran kerja

Menurutnya, pada masa sama, sebanyak 41.74 peratus daripada 12,997 pelajar bagi kohort kedua telah pun bekerja walaupun masih belum melalui majlis konvokesyen pada bulan ini sekali gus menunjukkan mereka mempunyai kemahiran dan diiktiraf industri.

Advertisements

5 thoughts on “Diploma Kolej Vokasional Diiktiraf Penuh Disember ini

  1. Kami mak ayah teramat2 menyesal hantar anak kami ke KV. Bunyinya tinggi DIPLOMA tapi nak apply mana2 pun semua nak SPM..sudahnya anak2 kami yang jadi mangsa..Call kementerian semua pakat kata kami tak tahu hal ni..call KV sampai pengetua pun tak nak jawab..

    Like

  2. Tipu.. Penipu… Kitorng tnya UTeM diorng still x ambk lgy bdx DVM.. Sia2 je 4 thun bljar nkk kna ambk Sijil APEL.. Apa yg kitorng bljar 4 thun nihh mcm bdx tadika ke??

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s